Wednesday, October 3, 2018

Resepi: ayam bakar yang sihat sesuai untuk orang diet

assalamualaikum uolls

harini saya nak share resepi ayam bakar yang sangat simple 
sangat sesuai untuk orang berdiet 


: Resepi ayam bakar diet : 

bahan-bahan:
ayam 
mix herb
black paper 
garam

cara-cara:
1. Perap ayam bersama miz herb, black paper dan garam
2. Bakar atas non-stick pan sehingga masak
3. Siap =)

sekian, selamat mencuba 
-wasalam-

Tuesday, October 2, 2018

Resepi: pes ikan bakar yang simple dan sedap

assalamualaikum uolls

hai semua. selamat tengah hari=) dah makan ke semuanya?
hujung minggu lepas saya masak special sikit  sebab ada banyak masa
manu kami ikan bakar dan sotong bakar,di makan bersama telur dadar 
memang sangat sedap, 3 kali laki i tambah uolls. sangat puas hati 
di bawah saya kongsikan resepinya. =)



: Resepi Pes Ikan Bakar :

bahan-bahan perapan:
limau kasturi - 2 biji
garam 
kunyit 

bahan-bahan rempah: 
ikan caru - 2 ekor
bawang besar - 1 biji
bawang kecil - 5 biji
kunyit hidup - 1 inci
halia - 1 inci
serai - 3 batang
cili kisar - 5 sudu besar
gula melaka - 1 sudu besar
kiub ayam - 1/2 
garam

cara-cara:
1. Perap ikan dengan bahan-bahan perapan lebih kurang 10 minit atau lebih
2. Kisar bawang besar, bawang kecil, kunyit hidup, halia, dan serai
3. Masak bahan kisar dan cili kisar sehingga masak
4. Perasakan dengan gula melaka, kiub ayam dan garam
5. Siap pes kita =)
6. Lumurkan pes yang siap di masak ke seluruh ikan 
7. Balut ikan menggunakan daun pisang atau aluminium foil
4. Bakar di atas non-stick grill pan atau oven pada suhu 200C selama 40 minit
*pes ini juga sesuai untuk sotong dan udang

sekian, selamat mencuba 
-wasalam-

Sunday, September 23, 2018

Resepi: sambal kentang ikan bilis

assalamualaikum uolls

selamat berhujung minggu semua 
disebabkan lama tak menulis kat sini, rasanya otak ni dah berkarat teruk
hari minggu ni, kami kat Johor bekerja 
maka keseorangan la sy kat rumah 
masak pon simple-simple 

jeng jeng jeng 
ni dia manu untuk hari ini 
sambal kentang ikan bilis 

di makan bersama sup sayur ... enakk..

: Resepi sambal kentang ikan bilis :

bahan-bahan:
kentang - 2 biji
ikan bilis - setengah genggam
bawang kecil - 3 ulas
bawang putih - 2 ulas
bawang besar - 1 ulas
cili kisar - 4 sudu besar
kiub ayam - 1/3

cara-cara:
1. Goreng kentang dan ikan bilis (asingkan)
2. Tumis bwg kecil dan bwg putih yg telah di tumbuk
3. Masuk cili kisar, masak hingga naik minyak
4. Masukkan kentang dan ikan bilis yg telah di goreng
5. Masuk bawang besar yg sudah di potong, gaul-gaul
6. Akhirnya, letak kiub ayam sikit bagi perisa sikit, gaul-gaul
..siap..

ok, itu saja untuk hari ini 
jumpa lagi next time, see ya =)
-wasalam-

the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.