Pages

Sunday, May 6, 2012

chemotheraphy ke lima teruk

kemana lagi lah chokely menghilang seminggu ni kan
biasa la. mana lagi kalau tak kene warded AGAIN!
aku rasa tahun ni je, dah beberapa kali aku relapse
ok. ini lah dugaan untuk tahun ni agaknya. Redha. 

dengan semangat yang tak berapa kental. isnin aku ke hospital
chemotheraphy ke lima. nasib baik sekali cucuk jarum masuk terus.
and what the fish nye. aku kena tunggu 10JAM tuk ubat aku keluar dari pharmacy
ok. di ulangi 10JAM. aku punya hot tu tuhan saja lah yg tahu.
sepatutnya ubat chemo aku dah di siapkan sehari awal lagi. dan akhirnya...
tengah malam baru aku start on chemo. --' dengan perasaan yg sgt la tension.


ok itu satu hal. bila dah habis tu. tak pasal pasal doktor tak bagi balik
sebab dah kul 1 pagi. dengan memberi janji indah 'esok pagi2 sy discaj awk'
and once again. what the fish nye lah sampai ke tengah hari doktor tu buat 'dek' je
seronok sangat ke tengok muka aku lama lama dalam wad tu. purfffhh..
by the way. hospital and rumah aku 10minit je. aku dah bajet nak lari kot.

nampak tak betapa tension and tertekan nya aku?
tapi sebab aku ni comel. aku senyum kan aje lah kat doktor tu 

di sebabkan ke'tension'an aku yg melampau. balik je rumah aku down
muntah teruk + saket kepale terlampau + sesak nafas + menggigil
ok. aku rasa balasan aku kutuk doktor tu agaknye --''

my dad bawak terus ke emergency. kena warded again. 
kadar jantung aku 140. ok normal 80 je. so jantung aku buat hal 
tak pasal pasal kena buat eco. HaHa. padan muka aku.

so sekarang ni. aku ok je. Hehe. 
biasa la kalau dah chipsmore. kejab ok kejab tak ok.
and sorry la kali ni more pada luahan rasa tak puas hati je. keke.

ok cita pasal SLE. sekarang dah chemo kelima.
but unfortunately still tak ada ape ape perubahan pd kidney aku.
aku pun tak tahu rawatan apa pulak lepas ni doktor nak bagi
terima saje lah kan. =) selagi masih boleh bernafas atas muka bumi ni
bersyukurr...


4 comments:

misz ierra said... [Reply]

oh, kesian awk. semoge tabah dgn sgale dugaan k.

ReramaBiru said... [Reply]

~sabar k..semoga awk tetap tabah :)

Dayang Deno said... [Reply]

sabar eh chokely.. nape chokely balik jugak, kan dah tak sihat.. deno dulu2 biasanya kalo chemo nie dalam 3 hari jugak warded.. huhu.. em tinggi kadar denyutan chokely tu.. time deno warded kat wad jantung last year paling tinggi pun 130 je.. take caer eh chokely.. takmo stress2.. sayang awak! :)

chokeLy said... [Reply]

@deno

sy kene balik jugak. sbb sy stress la duk hospital. hati tak tenang. pikir keje and thesis yg tak siap.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.