Pages

Sunday, April 21, 2013

again?

assalamualaikum u-olls

hari ahad yang membosankan ye wekend ni
selepas beberapa hari moody
masih tidak hilang lagi rasa ini

mendapat email, esok ada talk. AGAIN?
hmm, seminggu mesti ada 2,3 kali talk
benda yang tiada kaitan dengan aku, tapi TERpaksa pergi
sangat suka ok. suka sangat. 
kenapa lah nama aku sentiasa jadi insan bertuah
kenapa kenapa kenpa? penat tau.


minggu depan minggu yang tersangat lah busy
nak hantar report dan report lagi

bila aku bosan dan tak da mood
apa yang aku rasakan cuma lah rasa
PENAT

-wasalam- 

Saturday, April 20, 2013

moody

assalamualikum

hari ni rasa moody sangat.
rasa nak marah semua, rasa ada yang tak kena
rasa macam nak cari gaduh, rasa macam nak jerit
off fb, off fone , off semua nya
malas nak layan semua. tension!

dah la kepala plug kettle aku terbakar. Arghh! 
macam mana nak masak air ni, nk bekfes, nk minum
sakit pulak hati kita ni, malas nk kuar pegi beli 

aku saket hati dengan semua orang.
puas hati. 

********

siapa bilang aku seperti dia
siapa bilang aku cintai dia
sesungguhnya ku tak benar benar cinta
kerna kau tak seputih melati

kalau ada hitam pasti ada putih
kalau hatimu kelam tak mungkin bersih
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
kerna kau tak seperti melati

-wasalam-

Tuesday, April 16, 2013

aku ada penyakit lain rupanya

assalamualikum uoalls

sedang aku sibuk mengkaji dan menganalisis facebook aku
terjumpa satu article ini. seperti di bawah.
" Fobia Kucing "



mengikut kata katanya
 " Ailurophobia bermaksud takot kucing. Tapi jika perasan kucing akan tertarik
untuk lebih mendekati si fobia ini.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yg
sukakan kucing akan memberi bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel 
dan di manja. Berbanding si fobia yg akan menunjukkan bahasa tubuh sperti duduk
 diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia adalah kurang
faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka 
untuk di terokai dan di siasat kemudiannya. Aneh bukan? "



ohh, baru aku tahu, takot kucing ni d paggil ailuro phobia
sesungguhnya aku sangat lah takot kan kucing
lagi lagi kucing betina yg garang, hitam dan muka ketat. 
eh ada tau muka kucing yg macam nak cari gaduh je. hahaha

aku bukan tak suka kucing, atau benci kucing
cuma takot kucing, lain tu maksudnya. takot. eja pon dah lain.
aku tak pernah tendang kucing, sepak mahupon baling dengan selipar
aku yg akan lari, paling tak pon aku akan jerit

kadang kadang kucing ni saja je nak sakat aku
mana aku pergi, mesti dieorang akan datang
but now aku tahu kenapa. aku ingat sebab aku comel ke kan.
HAHAHA.

aku ni kira penyayang lah kan, ehh kucing kan suka org penyayang
kira ada relationship lah tu kan.  boleh tak? hahaha. 
rumah aku ada banyak kucing sebenarnya
bukan family aku bela, tapi jiran sebalah
tapi kucingss yg bajet comel tu suka mengiauw ngiauw depan umah
tau lah aku ni penyayang, opfoz aku tak sampai hati,
bagi ikan goreng kat meka, tapi aku pastikan aku letak jauh dari umah aku.
hahaha. nampak tak permainan politik di situ.

just nak share, walau kita ni takot kucing
jangan sesekali kau pergi sepak kucing tu, or apa saja waktu dengannya
haiwan kesayangan nabi tuuu. tak suka jangan di dera atau di pukul ok
kadang kadang aku pelik, kenapalah aku takot sangat kucing
tak kan sebab pernah kena cakar masa kecik kecik
takot sangat nak pegang, takot die mengeliat sebab tak suka 
lepas tuuu....zappppp, abes la kulit aku kena cakar. Uwaaaa. 

takot tak semestinya tak suka ok. =)
cuma tak mampu nak membelai atau mengusapnya sahaja.
pelok apatah lagi kan. ngeh3.. tggu belai laki jelah
kompem tak kena cakar. OPss. hahaha

ok lah, panjang sangat ni. see ya.
-wasalam- 

Friday, April 5, 2013

nasi lemak

assalamualikum uoalls

salam jumaat. selamat hari jumaat. =)
hari ini hari yang baik buat aku, setelah semalam aku mghadapi stres terlampau
habis satu drama korea aku layan, tak boleh nak baca satu benda pun

sejak akhir akhir ni aku macam perasan satu benda
apa ye. aku asyik post makanan je kan, hehehe.
jadi hari ni, aku post lagi pasal makanan. nasi lemak homemade
emm, bukan home. silap. nasi lemak hostelmade.
lapar punya pasal, geledah sume makanan. so decide buat nasi lemak
nasi lemak uoals. rice cooker aku tu dah jadi multicooker. 
kalau nak rosak pun aku tak terkilan, sebab sgt berkhidmat untuk aku.
tapi jangan lah rosak ye sayang. hehehe. 


diner. ada nasi lemak + sambal bilis
ada telur dadar dengan terung goreng
my mum tak kan bagi aku makan terung ni, tak tahu kenapa
banyak benda yang aku tak boleh makan dari bole makan
jadi kalau nak sangat, masak la sendiri kat hostel ni
kalau buat kat rumah, memang free free lah kena bebel. 

untung husband aku nanti. rajin kan aku masak.
hahahaha. Pocoyo!

dah masuk waktu isyak. solat jom. bye
-wasalam-

Wednesday, April 3, 2013

makin hari makin malas

assalamualikum uoalls

hari ini hari rabu. hari rabu hari ini.
saya sangat lapar. sangat lah lapar sekarang ini. 
tapi saya sangat lah malas, malas nak masak malas nak keluar
semua nya saya malas. haih. 

ada lagi dua hari kelas research methodolgy
hmm. rasa sekejab. esok dah khamis. paper tak siap lagi.
makin aku baca, makin aku tak paham. 
bila aku tak paham, buat aku stuck
bila aku stuck, buat aku letih nak baca lagi
bila aku tak baca, aku tak boleh continue buat paper.
 oh sangat terbaik. kenapa kenapa dengan aku ni.
semua tak kena sejak akhir akhir ini.

ini muka ceria beberapa hari lalu. masa ni semangat gila
sekarang macam hampeh. mintak kena penampar je. dush dush! 

literature review ni sumpah susah. patut la semua kata bab paling susah
walau kau cuma perlu baca baca dan baca, lepas tu buat summary
tapi nak buat summary and conclusion dari benda kita baca tu
ada lah rasa macam, 'what the flower' laa yang orang ni tulis.
gila susah nak paham. lagi lagi yang critical paper atau journal.

kalau chapter lain kau boleh goreng lagi.
kalau chapter ini, jangan wat hal nak goreng. suma fact. jangan silap sikit
memang masak la kena bantai masa nak defense proposal nanti.
apa kena aku ni, mood down ke? kene bagi booster ni. 

sepanjang aku masuk kelas ni. hati aku ni makin takut je
hmm. aku takut ni. takut takut la. Ya Allah. Kau Lindungilah aku.
Kau Limpahkan lah kurniaan-Mu pada hamba mu
doakan saya. Aminn. kalau aku ada silap salah. 
aku mintak maaf.  

-wasalam-

the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.