Pages

Sunday, February 24, 2013

utm berselawat

assalamualaikum uoalls

hari ini hari ahad. hari ahad hari cuti. hehehe. 
tak tahu nak merepek macam mana hari ini.
aku baru lepas balik dari ceramah agama. menarik tau. nak tahu kenapa


mulanya di rasmikan oleh Mufti Johor, pertama kali tengok depan depan
beliau cakap memang best. mungkin kalau duk kelas smpi petang pun tak sedar
kemuadian ada pula forum selebriti. ada Ustaz Don, Imam Muda Asyraf, Bro Shah
memang sangat penuh, happening. bermanfaat dan banyak sangat ilmu. kelakar. 
oh tak habis lagi, lepas tu ada konsert zikir terapi oleh Fafiz Hamidun
MasyaAllah sedap dan merdu, menusuk kalbu, nak upload suma zikir dia

petang ada pengajian Talaqqi, iaitu belajar mengaji oleh 
Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari, Ulama Nusantara
aku tahu aku bukan perempuan yg sempurna agamanya, tapi
aku mohon supaya jodohku hatinya dekat dengan Al-Quran. 
kawan aku pernah kata, tak guna belajar tinggi tinggi tapi hati kosong
atok aku juga penah bagi nasihat yg sama, belajar setinggi mana seseorang
tak guna juga kalau mengaji Al-Quran pun merangkak-rangkak.
terasa jahil agama betul aku ni. 
hmmmm

ok next,
malam ada bacaan maulid, alunan qasidah, dan tausiyyah
tausiyyah oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hameed.
memang semuanya mantap. Alhamdulillah. rezeki Allah. 
moga hari ini hari yang di berkati Allah. Aminn. =)

ohh aku tak dapat join ptg ni sebab buat kat masjid, dan sebab hmmm..
hmmm. hmmm. hmmmm. tu yg sempat update blog dulu. k bye
-wasalam-

Saturday, February 23, 2013

red velvet

assalamualikum uoalls

selamat tengah hari, dah lunch kawan kawan?
hari ni entah kenapa rasa nak demam. Oh Gedik. hehehe.
dah demam pon. semalam setelah telan 2 biji penadol dan tumbang
Alhamdulillah, bangun pagi dah ok sikit. minum milo panas dan makan ubat

seketika terpandang kek red velvet yang ditempah mggu lepas di atas meja
haih, selera semua tertutup. rasa loya je tekak nak makan kek ni.
mungkin tiada rezeki ku, sedekah kan saja pada kawan. 


hari ini hanya mampu mencari dan membaca journal
layan kan demam tak elok juga kan. 
masak sendiri lunch, menu utama sambal kentang + telur dadar. 
itu saje yang berselera. selamat makan semua. =)

Friday, February 22, 2013

appointment with doctor after 3 month

assalamualikum uoall

lama tak datang sini. minggu lepas chokely busy sikit
sekarang rasa boring, jadi blogging kejab. hehe

isnin lepas aku buat check darah, ntah kenapa rasa sakit pulak
selalu tak rasa apeape, maybe sebab lame tak kena cucuk jarum
tapi ok la, 10ml darah aku berjaya juga di dermakan. 

hari selasa appointment dengan doktor tercinta. jam lapan pagi ke nephrology
with doctor lily. ok je dia kata. dari protein 3+ sekarang just 1+
c3,c4 normal, albumin ok. aku senyum jela. cut down prednisolone =)

and next ke rheumatology clinic. my best clinic ever. 
sebab kat sini aku dapat kasih sayang yg banyak. hehe
dari awal sampai sekarang memang mereka yang kawal aku
head of mopd clinic, dato dr.Gun, sangat menjaga aku
doktor lain tak bole sentuh. punya special aku di sini. hahaha
dia dah laburkan banyak duit atas aku katanya. ok tu duit kerajaan kan.
ngeh3.. time kasih la pada yg membayar cukai tu. =P

sebenarnya dari awal aku dah jadi bahan presentation pd student dia
dalam masa 2 tahun setengah ni macam macam aku dah lalui
dari extend semester, drop semester, relapse 4kali, biopsi kidney, chemotherapy
penangan saket ni smpai masuk dental, ent, dermatology, nephrology, reumatology. 
tapi aku tetap bekesempatan buat phd sekarang. still kuat. 
katanya tak rugi melabur pada aku. dan request satu benda
kalau ada motivation talk kat situ, nak aku join bagi talk and share something
hahahaha. aku bagi talk? memang tak lah kan. ramai lagi yg lain.
just dalam hati aku syukur pada-Nya. beri aku semangat sekuat ini. 
mungkin kalau aku tak di uji begini, aku akan tersimpang jauh. sapa tahu kan. =)


jadi semuanya nampak ok. Alhamdulillah. getting much better now
appointment sekarang dah 3 bulan sekali. selagi badan aku stabil
kesihatan ok, study ok. rezeki Allah. yakin pada-Nya. InsyaAllah. =)
and one more thing, doctor ada tanya, dah ada plan nak kawen ke
nampak seperti bagi aku lampu hijau. Good News to me. Hahaha. I like!

ok la, gud luck semua. pada yang exam, study baekbaek 
keja baekbaek, selamat mencari redha Allah. =)
dan selamat malam 
-wasalam-


Tuesday, February 12, 2013

berjalan di pontian

assalamualikum uoall

selamat tahun baru cina. =)
cuti raya cina kali ni aku ke pontian. kg kawan
mulanya aku tak nak ikut, tapi tuhan yg menentukan 

kat situ ada laut, ada bot nelayan, rumah atas air. macam macam
malam kami sampai, aku ke Mandela. tempat makan yg heaven
ramai sangat orang, makanan sangat sedap dan banyak
dan ofcoz makanan femes dia adalah seafood. oh alergic!

paginya kami pusing pontian, petang ke pasar malam
pasar malam di bandar pontian besebelahan dengan laut
ada orang mancing, jalan jalan, joging kat situ
aku pun singgah tengok matahari terbenam.
Subhanallah cantek sangat. 


sepanjang aku kat pontian, aktiviti harian adalah makan
malam terakhir ada BBQ pulak. tak tahu la bapa kilo naik ni
gambar kat bawah ni memang silau, bukan sengaja silau. hahaha


apa apa pun, cuti kali ni aku tak bosan.
walaupun keje aku satu pun tak bersentuh, but aku tak regret
semuanya fun. =)


Friday, February 8, 2013

8 feb

assalamualikum. salam jumaat.

minggu ni aku di hujani dengan kerja yang melambak
seminar, lepas tu workhop 3 hari di Pulai Spring Resort
dan kemudian talk, discussion, dan medical chekup lagi
siang penuhkan otak dengan ilmu, dan malam penuhkan dengan makanan.
oh heaven. lepas ni nak siapkan dua report dan proposal. non stop
Hmm. sumpah penat. aku dah ada dua supervisor tok phd research 

main supervisor : Prof Dr.Siti Maryam, Head of Soft Computing Research Group
co-supervisor    : Associate Prof Noel Lopes, University of Combia Portugal

one made from Malaysia, one made from Portugal. 
supervisor yang mantap. kalau research aku terabur, tak tahu la.
sekarang pun dah melambak keje. bersusun kena kejar dateline.

mintak di permudahkan segala urusan. Aminn. =)
moga tahun ni aku tak masuk wad, no relapse. 




Sunday, February 3, 2013

air mata



air mata 
jangan lah dikau mengalir.
the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.