Pages

Friday, November 18, 2011

jom bukak pharmacy

ni kawan aku la tanya
apa ubat aku makan

benda yang aku kena bebel hari hari
' MAKAN UBAT '

stok ubat untuk 2 minggu

1# prednisolone  5mg x 6 biji
2# hydrochloroquine sulphate 200mg x 1 biji
3# calcium carbonate 500mg x 2 biji
4# frusemide 40mg x 4 biji
5# calcitrol 250mg x 2 biji
6# ascobic acid 100mg x 2 biji
7# iron 200mg x 2 biji
8# ranitidine 150mg x 2 biji
9# diltiazem 30mg x 9 biji
10# spirunulactone 25mg x 4 biji
11#  ---------
12# folic acid 5mg x 1 biji

kesimpulan nya :
ada 11 jenis ubat semua nya
pagi - 21biji
petang- 7 biji
malam - 7 biji
sehari makan 35 biji

air yang aku boleh minum 
tak boleh lebih dari 500ml sehari
termasuk air dari buah, sup dan makanan lain

boleh tak korang hidup makan ubat sehari 35 biji.. 
lepas tu air tak boleh lebih 500ml sehari ??
satu botol kecik tau tak
panas kering letih sangat badan
ulu hati ku pedih gila.. perut ku saket.
aku gelak gelak.. tapi tak da sapa tau

PENAT
asyik asyik ubat ubat ubat ubat
belum benda lain lagi.
aku cukup LETIH.

Ya-Allah.. syaitan mmg selalu hasut
Alhamdullillah aku tak kena dialisis tak kene cuci darah
ada yang lagi teruk dan lagi tak bernasib baik dari kau
ala ubat je pun... 
aku kan kuat. senyum sila. =)
Allah tengah uji kau ni. dia makin rapat dgn kau
orang dia sayang kan dia selalu uji
korang pun

(∪ ◡ ∪)

hari chemotheraphy

semua mesti tanya chemo tu saket ke
jom aku cerita

sebelum tu xcersice math
aku admitted Hosp jam 8.30 pagi wad 6b
start buat branula jam 11.30 pagi
dah terang2 dalam borang tu ubat aku start 9.30 pagi - 11.30 pagi
bayangkan berapa lama aku kene tunggu. geram kot

chemo start 12.30 dalam masa 4 jam
ok. kiranya kul 4 petang habis
discharge 6 petang
so.. berapa lama aku duk wad?
geram nyeee aku... do0ctor kata 2,3 jam siap terus balik
ok. abes da =)

IV cyclophosphamide - ubat
ada panggil chemo ada panggil cyclo
doctor sy kata chemo.. cyclo tu ubat

chemo ni memang la bahaya
bukan pada aku je.. tapi skeliling aku
sebab tu dia ada tulis 'CAUTION' besar2
ia boleh terkena pada orang lain juga
kesian staff nurse yang angkut box ni dan jaga aku.. 
pening2 lalat dia. =)

doctor kata masa buat ni akan rasa pening, loya, nak muntah, 
bdan rasa semacam, mulut kelat, eee... macam2 la... 
tapi aku relax je.. bole siap makan macam2 lgi. 
pastu gelak2..HaHaHa.

tapi.. lepas tu....
memang aku rasa la kesan nya...
terlantar je aku... semua aku nampak bayang
dan benda ni akan ambik masa yg lama tuk ok.

kalau orang lain boleh pening2 nak muntah
ni kan pulak toksin ni ada dalam badan aku 
hmmm... rasa nak demam
kesian auntie sy dia pun pening dan demam.
time kasih makteh temankan masa ni


lepas ni ada lagi. 
hopefully tak da la rambut ku gugur
(◕︵◕)



result kidney biopsi

15/11
pagi tu aku gerak sorang je ke hospital
takut pon ada. apa lah result kan. 

kat bilik doc.
bila aku tanya baru die akan jawab. geram pon ada. 
memang sah kidney ada kerosakan di sebabkan oleh 'SLE'
agak nak nangis la bila doc terangkan kerosakan dia
doc : ' kita buat chemo esok '... terus aku nangis depan dia
.....
makna lepas ni kalau dia active.. dah tau nak buat apa
nak bagi ubat apa and rawatan mcm mana
chemo ni tuk protect kidney tu jadi semakin teruk
OK. lega la juga bila doc kata mcam tu
sekarang aku kene tambah ubat baru
tok kidney saja 13biji sehari

esok terus aku admited wad once again
plan tuk aku balik UTM ditangguhkan
di sebabkan aku kene buat rawatan segera 

Result : Diffuse Proliferative Lupus Nephritis (Class IV)
first chemotheraphy : IV cyclophoshamide

the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.