Pages

Friday, November 18, 2011

jom bukak pharmacy

ni kawan aku la tanya
apa ubat aku makan

benda yang aku kena bebel hari hari
' MAKAN UBAT '

stok ubat untuk 2 minggu

1# prednisolone  5mg x 6 biji
2# hydrochloroquine sulphate 200mg x 1 biji
3# calcium carbonate 500mg x 2 biji
4# frusemide 40mg x 4 biji
5# calcitrol 250mg x 2 biji
6# ascobic acid 100mg x 2 biji
7# iron 200mg x 2 biji
8# ranitidine 150mg x 2 biji
9# diltiazem 30mg x 9 biji
10# spirunulactone 25mg x 4 biji
11#  ---------
12# folic acid 5mg x 1 biji

kesimpulan nya :
ada 11 jenis ubat semua nya
pagi - 21biji
petang- 7 biji
malam - 7 biji
sehari makan 35 biji

air yang aku boleh minum 
tak boleh lebih dari 500ml sehari
termasuk air dari buah, sup dan makanan lain

boleh tak korang hidup makan ubat sehari 35 biji.. 
lepas tu air tak boleh lebih 500ml sehari ??
satu botol kecik tau tak
panas kering letih sangat badan
ulu hati ku pedih gila.. perut ku saket.
aku gelak gelak.. tapi tak da sapa tau

PENAT
asyik asyik ubat ubat ubat ubat
belum benda lain lagi.
aku cukup LETIH.

Ya-Allah.. syaitan mmg selalu hasut
Alhamdullillah aku tak kena dialisis tak kene cuci darah
ada yang lagi teruk dan lagi tak bernasib baik dari kau
ala ubat je pun... 
aku kan kuat. senyum sila. =)
Allah tengah uji kau ni. dia makin rapat dgn kau
orang dia sayang kan dia selalu uji
korang pun

(∪ ◡ ∪)

hari chemotheraphy

semua mesti tanya chemo tu saket ke
jom aku cerita

sebelum tu xcersice math
aku admitted Hosp jam 8.30 pagi wad 6b
start buat branula jam 11.30 pagi
dah terang2 dalam borang tu ubat aku start 9.30 pagi - 11.30 pagi
bayangkan berapa lama aku kene tunggu. geram kot

chemo start 12.30 dalam masa 4 jam
ok. kiranya kul 4 petang habis
discharge 6 petang
so.. berapa lama aku duk wad?
geram nyeee aku... do0ctor kata 2,3 jam siap terus balik
ok. abes da =)

IV cyclophosphamide - ubat
ada panggil chemo ada panggil cyclo
doctor sy kata chemo.. cyclo tu ubat

chemo ni memang la bahaya
bukan pada aku je.. tapi skeliling aku
sebab tu dia ada tulis 'CAUTION' besar2
ia boleh terkena pada orang lain juga
kesian staff nurse yang angkut box ni dan jaga aku.. 
pening2 lalat dia. =)

doctor kata masa buat ni akan rasa pening, loya, nak muntah, 
bdan rasa semacam, mulut kelat, eee... macam2 la... 
tapi aku relax je.. bole siap makan macam2 lgi. 
pastu gelak2..HaHaHa.

tapi.. lepas tu....
memang aku rasa la kesan nya...
terlantar je aku... semua aku nampak bayang
dan benda ni akan ambik masa yg lama tuk ok.

kalau orang lain boleh pening2 nak muntah
ni kan pulak toksin ni ada dalam badan aku 
hmmm... rasa nak demam
kesian auntie sy dia pun pening dan demam.
time kasih makteh temankan masa ni


lepas ni ada lagi. 
hopefully tak da la rambut ku gugur
(◕︵◕)



result kidney biopsi

15/11
pagi tu aku gerak sorang je ke hospital
takut pon ada. apa lah result kan. 

kat bilik doc.
bila aku tanya baru die akan jawab. geram pon ada. 
memang sah kidney ada kerosakan di sebabkan oleh 'SLE'
agak nak nangis la bila doc terangkan kerosakan dia
doc : ' kita buat chemo esok '... terus aku nangis depan dia
.....
makna lepas ni kalau dia active.. dah tau nak buat apa
nak bagi ubat apa and rawatan mcm mana
chemo ni tuk protect kidney tu jadi semakin teruk
OK. lega la juga bila doc kata mcam tu
sekarang aku kene tambah ubat baru
tok kidney saja 13biji sehari

esok terus aku admited wad once again
plan tuk aku balik UTM ditangguhkan
di sebabkan aku kene buat rawatan segera 

Result : Diffuse Proliferative Lupus Nephritis (Class IV)
first chemotheraphy : IV cyclophoshamide

cerita lepas kuar wad

kaki bengkak keluar wad
limitation air yang boleh masuk dalam badan tak lebih 500ml
rasa bengkak sangat2 badan ni
badan bengkak 'air'.. berat gila tau tak nak bawak badan

Dr.Gun yg garang tu ada pesan sbelum keluar wad
'No swimming pool No Shopping No Orang Ramai OK'

tak remaja la kalau dok terperap jeee... (^^,)v
lepas 2 hari kuar wad boleh pergi mcD lagi
HeHeHe

besar kan pipi
berat 61.1 kg  tau masa ni

bosan sangat duk rumah
merayap ke Nilai3
'sale sale sale'.. tu je aku nampak. 
kebetulan nak ke banting. bkan salah saya ni. =)
muka pucat masa ni.. penat
ni kazen saya 
sekian

jusco jusco jusco !
hmm.. ni semua cari penyakit.. adik bising 
baru seminggu cucuk buah pinggang tu.. pkai high heel pulak
-__-'' biar la. jeles.

masa ni nak gerak ke Hos.Pakar
muka innocent je macam tak buat salah
appt nak tau result biopsi =)

sekarang da jadi 50.3 kg
hebat kan dalam masa 10 hari turun berkilo kilo.
 saya dah kurus tau sekarang !
Hahaha.
rahsia nanti cerita. =D

Saturday, November 12, 2011

cukup tertekan

hari ni ujian datang lagi
semakin hari aku rasa seperti mahu menjerit 
tapi aku akan terus dan tetap akan ketawa
menyembunyikan segalanya
dan akhirnya cuma air mata

kenapa mereka masih tak faham
aku dah cukup tertekan !!

"Ya Allah,sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk.Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." 
(Riwayat al-Tarmizi)

tarik nafas dalam dalam dan senyum chokely =)
Allah nak tambah pahala ni. 

arghhhhhh !!!
ok. big smile.. =))

Tuesday, November 8, 2011

entri malam

ujian hebat untuk orang yang hebat
bersyukur kerana Allah pilih kita

mak kata
ujian aku ni kecil je di banding kan dengan orang lain
cuba bayangkan kanak2 kat palestin tu
ada yang tak makan. kene zalimi lagi. ada juga yg tak da mak ayah
ok. aku tak nak sedih sedih lagi.
=)


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
iklas dalam pengorbanan


Monday, November 7, 2011

done kidney biopsi

selepas entri terakhir aku pindah katil
dari belakang ke depan.. merantau aku satu wad.

aku kira muda jgk la dalam wad tu kan
so memang ramai la yg akan tegur.. 'dok sepital sebab ape dik..'
aku pon innocent jawab.. 'nak biopsi bh pinggang..'
adoi..die punya soalan lepas tu kalah la exam SPM nk jawabnya
nyesal kot jawab jujur. lepas tu aku jawab demam je kalo org tanya
lepas tu sengih2.. ntah berapa banyak dosa la aku buat kat sepital tu

10 hari aku on iv drip
tapi saket die.. perghh. die punya likat..kuning n pekat
memang rasa nak jerit kot.. ku pandang je buble2 die bile nak abes


ubat yang sangat saket

ubat ni untuk infection kat paru2 rasanya
tak pon nak buang air kat jantung
aku pun tak tahu function dia
yang pasti memang saket

2hb 2011- renal biopsi @ biopsi buah pinggang
jam 7.30 pagi katil ku kene tolak ke bilik procedur
ku punya cuak takot berdebar semua ada masa tu
sejak malam tu lagi.. tak boleh tidur. 

sebelum tu aku di beri ubat tido.. rasa mamai sgt2
sampai kat bilik procedur.. jantung ku berdebar
aku patient pertama.. tukar kain..baring meniarap.. 
tak boleh gerak langsung waktu tu.. di bius setempat
opcoz ku jerit.. Haha.. lepas tu ku tak rasa apa.
doctor tu terang satu2 apa dia buat.. aku diam je
tau2 dah siap je.. maybe ku dah di beri ubat mamai.. 
rasa nak tido je masa tu


bila ubat bius dah habis


ok.. yang tak boleh tahan sebab tak bole gerak langsung selama 6 jam
ada beg pasir kat belakang tok aku tekan..
siyes.. naek kebas punggung.. lenguh die Ya-Allah.. 
lagi2 bila bius nya makin habis.. da rasa saket dia..
pening..nk muntah.. rasa nak pitam pun ada
tapi Alhamdulillah semua ok.. tak da bleeding.. cuma....

tekanan darah ku tinggi.. tak nak turun2.
sekarang ku dah discharge.. tapi kne followup check tekanan darah 2 hari sekali
sampai keputusan biopsi kuar.. dah la ubat ku ada yang tak da. hmmm..
malas nya... badan ku sangat2 penat.. letih.. 
jalan sikit pon rasa nak pitam..
ku letih sangat sekarang nie.. nak drive pon takot


ni baru sikit lebam

badan saya sangat penat... =( 

the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.