Pages

Saturday, April 28, 2012

rm 2juta thesis

kat mana nak start post kali ni ye. hmm.
Oh aku kena hadir kursus hari ni. ISO 9001
instructor dia memang terbaik la. kelakar nak habis. best!
sepatutnya dari jam9-5 tapi dia habiskan sebelum kul12.30
tak ke terbaekkk tu, Haha. esok harap macam tu jgk la.


document atas tu adalah phd thesis instructor aku tadi. 
katanya harga thesis ni rm2juta. biar betul 2 juta? 
ke dia gebang je dengan aku. tapi guna dalam standard ISO kot
kalau phd level biasa la tu kan thesis dia harga ratusan ribu. 
nak percaya pun susah gak ni. tapi dia cita macam kompiden je

watak sampingan. kertas bawah tu. pun thesis jugak tu
tapi aku punya la. tak sampai 2 hengget agaknya. haha.
dalam kelas. sambil sambil buat editing. banyak yang tak lengkap
rasa nak pergi library dan cari bahan. nasib baik la library sebelah je 

dapat pinjam satu buku je. yang lain tak jumpa.
tu pun version lama. nasib badan. 

tibe tibe rasa bersemangat nak pergi kelas esok. =)
nak jumpa encik instructor yang botak comel. auww. gatal gedix!


Friday, April 27, 2012

krushers meyh

hari ni seawal jam 4 pagi aku dah bangun. awal kan. 
ada dah tokoh tokoh ciri isteri mithali ni. HiHi..

ok aku tipu. bangun sebab study project
10 jam hari ni untuk siapkan 1 chapter. Hmm. asal la susah sangat
The hardest part to do writing, is when you want to start the first sentence
tak percaye? believee me. 

sebenarnya aku tertekan sejak akhir akhir ni 
projek aku sangkut. aku tiba tiba stuck. blank je nak buat
jadi mula la tension nak datang. terlalu push diri maybe
now, process tengah laju balik. hee. tu pasal la happy ni.

and ada la stress sampingan yg mengarut sikit
a.k.a rasa nak lari jauh jauh macam tu
but sekarang ok dah. =) 


tengok boleh siap makan ice blended lagi. 
eh, dah try KFC Krushers?? yg ni krunshers classic oreo
sedapp meyh.

perhatian esok dan lusa saya busy.
busy la sangat kan. Haha. ada kursus je pun. 2 hari
Professional Skill 'kompalseri' 5 sijil kene kutip tuk grad'
Owh mesti bosan gile --''

jumaat ini banyak beri ketenangan pada aku. =)

Wednesday, April 25, 2012

tension sikit

isnin dan selasa aku ada appoitment ent dan nephro
ENT  (Otolaryngology) , dah macam bunyi jawa nak sebutnya --''
jumpa pakar just nak check telinga. telinga aku OK je
lepas ni tak payah datang lagi, buat penat je aku pegi

Nephro, next Chemo. isnin minggu depan
actually aku dah fedup nak buat chemo ni. buat aku tension. 
masa aku habis di sebabkan semua ini. banyak keja aku tak jalan.
projek aku tak gerak gerak sejak aku sakit. So, aku kene push laju.
MAXIMUM speed

so, aku sangat bengang. tension sangat. 
dah la dapat surat saman. SAMAN!


hilangkan tension dengan tengok wayang
battleship. awesome. =D


Sunday, April 22, 2012

balik kerana appt

alhamdulillah chokely makin sehat sekarang
cuma lebam dan parut yang tinggal
dan juga muka yg mengembang. tak suka!

thanks pada yg sudi wish chokely. suke suke. =)
korang memang baik. lepas ni aku akan jg diri dgn lebih berkesan

mari usha tangan aku. tu kulit tapak tangan dah menggelupas
ada bintik bintik tu. dah ok sebab mula hilang
apa ek nama dia. tanya doktor. ku lupa

oh rashes kat muka? Tak ok sangat.
sebab dia ganti kulit baru. merah and nipis pulak tu
masih pakai cream steroid. no cahaya. no panas. *_*

sekarang aku ada di rumah. ada appt dgn 3 doktor next week
ENT Skin and Kidney. Dental and Rhemato dah selesai hari tu
kabarnya darah ku makin turun, next kalo turun lagi kena masuk blood
dental ok. ulser zero. doktor dental pesan, SLE aktif ulser pun aktif
*jgn kata ulser sume benda nak datang. --''

hari tu ada dah jumpa doktor kidney. dia kata chemo kena teruskan
but sebab demam, batok, selesema. tunda ke next week
rambut aku dah semakin menipis tipis dan kipis T_T

aku risau tak dapat cari urat kat tangan je nanti ni
lebam 3 minggu lepas pun tak hilang lagi
ntah ntah dah jadi 'Hematoma' lebam aku ni. =(


last
exam chokely ok hari tu. =)
hoho. 


Thursday, April 19, 2012

apa lagi kena tahan wad la

lama juga chokely tak update blog ni. mana pergi?
ni yang nak cerita ni. =)

dengan muka yg semakin merah macam udang terbakar hari tu
aku pergi ke klinik kesihatan UTM, seperti yg di jangka. 'kena tahan wad'
tp ku ade test TECS. ok semua wajib ambik test ni. akhirnya ku lari. siyes aku lari
terseksa juga aku nak tunggu hari exam tu. badan dah mula rashes.
mulut dah mula penuh ulser. ku tahu SLE ku mula aktif dan menyerang
ku gagahi jua test tu dengan mask di muka dan tangan yg dah tak leh gerak

macam mana buat test? ok siyes tawakal. redha. berserah. dgn tak studi apa.
macam mane la paper ku tu.. Hmmm..

habis exam. my father dah siap tggu di blok asrama. datang dari seremban ke JB
nasib baik tak ada sesi bebelan. Haha. mana taknya bole lg pegi exam dulu
tak balik rumah, terus ke hospital. masuk zon kuning. ku dah rasa nk pengsan.
demam dah smpai 39.5'. smpai kat wad aku nages terus. dan tido 

esok nya, hari paling aku akan ingat..
ada la berbelas kali cucuk tangan nak masuk Branula. sampai ke kaki pun tak jumpa.
dan akhirnya cucuk kat peha. bukan sekali ! tapi enam kali. suka je nak tebuk peha
nak pasang 'Triple Lumen' , 3 org doktor lelaki pegang kaki, 2 nurse pegang tangan
bius 2 kali ganda dari biasa. aku jerit macam org nak beranak. dah la yg buat lelaki. 
sangat saket OK.  sampai kuar darah kat hidung. mak aku yg tengok pun lari terus
ni la yang buat aku nekad tak nak masuk hospital lagi


ni la dia triple lumen. ada 3 warna
wayar dia tu dari peha sampai ke perut. dan kena jahit di hujung nya.
bila nak cabut. nyilu dia seminggu pun tak hilang. 

nape sampai kena tebuk peha? 
no choice. urat ku banyak yg dah block sebab chemotheraphy. 

masa tu aku ada fikir. macam mana ye kawan kawan aku yg lain
ada yg pasang kat peha, leher, dada. kesian mereka. aku tak nak jadi macam tu
dan aku harap diaorang pun kuat juga. baru ku tahu rasa nya.
Ya Allah, lindungi lah kami. 

sepanjang ku kat sepital. jumpa lah 5 jenis pakar. 
head of rheumato, biasa la sle aktif. ESR 129
nephro, ni pon masalah juga. ada pulak darah dalam urine. 
skin, dgn blister yg dah keluar, rashes lagi, bintik2 lagi.
ent, telinga aku kuar air dgn sendirinya. panas sangat. 
dental, ulser yg penuh dalam mulut, 10 hari aku tak makan 
minum mcm mane? sume ikut iv drip. sampai masuk vit dlm drip. teruk. 

kesimpulannya, harihari aku di datangi dengan doktor. student juga
pagi petang malam. jadi bahan pengajar pulak tu. bhan presentation dieorang. 
sengal betul.tapi nasib baik ku ni baik. 
yela, dieorang pun nak belajar juga kan. =)

ni peneman setia ku kat wad
macam macam jenis krim ada. siap ada cermin rm4 tau! 
ada ubat bius tuk kebas mulut lagi. tu best. 

alhamdullilah. aku baik dengan cepat juga kat wad tu. 2 minggu duduk wad.
OH sekarang ni aku dah mula belajar semula. lepas 3 minggu berperang dgn sakit ni.
tapi tak fully la sembuh. batuk, selesema dan badan bengkak air. 
dengan kulit yg parutparut ni.ala. ade ape dengan parut kan. 
bole hilang. HeHe. macam2 bole buat.

sekarang diagnosis aku 'aktif sle'
tak tahu la sampai bila ni. kejab ada kejab tak ada.


the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.