Pages

Sunday, March 31, 2013

wekend bosan

assalamualaikum uoall. =)

hari ni aku rasa tak sedap hati
kenapa. tak tahu lah kenapa. hmm. 
wekend yang tiada aktiviti. study dan study.
start esok, ada kelas research meth. seminggu. pagi smpai petang
nak kena hantar paper lagi. hmm. 

moga aku kembali ceria esok dan happy dalam kelas ni. 
insyaAllah. =)


k bye
-wasalam-

Tuesday, March 26, 2013

rezeki datang tibatiba

assalamualikum uoall

selamat malam kawankawan ku sekalian. =)
sejak beberapa hari ni chokely asyik makan makan makan
sampaikan tak da masa perut ni nak hadam. kesian perut i ni. haih.

senang enak aku menelaah bacaan di atas meja. 
tiba tiba pintu bilik ku di ketuk. eh eh, jiran depan bagi rojak la
hahaha. rezeki malam ni lagi. kuah kacang dia sedap betul. 
kalau ada lebih, esok nak buat cecah biskut. feveret aku kuah kacang ni
kalau masa raya nasi impit kuah kacang yg aku cari dulu. 
lagi lagi kuah kacang my mum yang buat. Eeee. sedap.

terima kasih jiran depan bilik. =)

aku sekarang ni malas betul nak study. kenapa ntah.
asyik sibuk dengan benda lain. haih.
kenapa ni. perlu semangat baru jawabnya.

oh, konvo dah nak dekat. awal bulan mei. nak bunga pelis!
nak pakai baju apa lah konvo ni ye. haihhh. 
ni lagi satu nk pikir. rasa nak je pakai baju kurung yg ada. 

tak sabar nak konvo. =) officially degree holder.
terima kasih mak ayah adik adik semua. 
terima kasih juga pd yg bagi support dari pelbagai arah dan penjuru. 
thank you. 

k bye
-wasalam-

Thursday, March 21, 2013

cerita spm

assalamualikum uoalss

malam ni mesti ramai yang post mengenai SPM
yela, result nak keluar kan. relax suda. =)

adik sedara aku awal lagi dah mesej. cuak nya dia.
hehehe. aku tak tahu nak kata apa. kalau result tak ok macam mana?
kawen lah ape lagi ! hahaha. macam mana? redha sayang. 
Allah tak bagi apa kita nak, tapi apa kita perlu
mesti semua penah dengar kan. =) 

akak dulu SPM tak dapat full A, dapat ermm, 5A je. hehe
rezeki akak dapat masuk matrik, tapi akak homesick. tiap tiap minggu balik
penangannya, result matrik akak tak lepas 3 pointer. ok redha jugak la.
salah sendiri masa tu. manja sangat. sampai tiap malam nangis nak balik. 
haaa... ambik kau! 

konon dulu cita cita nak jadi lecturer matematik. 
habis matrik mohon UPU, pendidikan matematik. tak lepas. sedih
masuk UTM, ambik kos industrial computing. sumpah mula mula tak paham.
apa ke benda lah benda alah ni. tapi belajar lah juga kan.

belajar dan belajar dan belajar. akak sangat seronok kat sini.
dengan kawan kawan, lecturer yang baik, sentiasa ada dengan kita
berkat redha dan yakin pada Allah, Alhamdulillah akak masih di UTM ni

walau akak tak dpt jadi lecturer matematik, jadi lecturer lain pon ok
ngeh ngeh ngeh. hehehe. insyaAllah. jangan putus doa. dan taat pada ibu ayah.
redha ibu ayah tu penting dalam hidup ni. sangat penting. redha ibu redha Allah
sekarang ni, akak doa, dapat jodoh yang baik, boleh jaga akak, ada anak comel. Eh!
hahaha. dah 24 18 tahun ni. kene pikir ke depan lagi. adeih. 
hahaha. POYO. 

esok pasti berduyun duyun panggilan keluar masuk
 hahaha. akak dulu sampai rasa nak buang fone dalam jamban
kenangan semua tu. rasa macam artis. dulu tak macam sekarang ada fb
dulu rasanya lagi meriah kalau bab result SPM ni. saiko abis. 
siap ada yang tunggu depan pintu rumah. haiyoo. gila la dulu.

kenangan , first dari kanan. 

apa apa pun. Gud luck in future life. everyday is beginning of life. =)

gud nite. k bye. 
-wasalam-

Monday, March 18, 2013

moist

assalamualaikum uoalls

minggu lepas chokely busy sikit
menguruskan macam macam borang. oh pening.
dan minggu lepas juga minggu yang aku tak kan lupa.
segala memori yang ada, aku tak kan lupa. =)
done tulis dalam diari pon. 

hari ni aku dapat chocolate moist cake.
sedap sedap. dengan cair nye. ohhh sedap
bulan ni 3 kali aku makan kek. diet diet.


hmm. di sini aku nak luah kan sesuatu
mungkin ada yang call, mesej atau chat yg tak di reply
aku kalau boleh tak nak dia mesej atau call lagi
bukan nya tak suka, tapi tak selasa
aku tak berani atau tak reti nak cakap sebenarnya
jangan lah di tanya mengapa. harap memahami.
maafkan saya. =(

terima kasih ye. ok bye.
-wasalam-

Sunday, March 10, 2013

pagi ahad yg bosan

kau ni asyik online je ayah tengok, bila masa kau study ni?
assalamualikum uoalss.

selamat pagi ahad, ok dah masuk tengah hari sebenarnya
sekarang ni aku masih berkira-kira nak masak lunch atau beli.
nak masak malas, on diet lagi. Arghh. 
masalah dunia betul. kalau beli mesti habis lauk aku borong
nak jawab exam pun tak susah macam ni. Grrr. 

pagi pagi lagi aku dah di kejot kan dengan leteran ayah
seperti ayat pertama di perenggan di atas. hehehe.
'kau ni asyik online je. bila masa kau study ni' 
hehehe. aku gelak je. pastu ubah topik. cam biasa. 

chill ayah, its not about quantity ayah, its all about quality. 
haha. berani kau nak jawab camtu? memang lagi panjang la leteran dia
hari ini aku tak buat apa, ohh bosan. satu mood pon tak datang.
macam nak pergi jusco jalan sorang sorang. tapi.... macam malas
macam nak tido smpai petang, tapi... sakit kepala
macam nak baca journal. tapi... ohh tidak aku dah muak tengok.
so apa aku nak buat hari ini? any idea? oh di lema. 
tak ada sape sape ke nak ajak aku jalan ni. hmmm. 

-wasalam-

Friday, March 8, 2013

malas

assalamualikum u-oalls. =)


hari ini chokely rasa malas sangat. why?
pagi pagi lagi chokely dah sedar. mandi dan brekfes
pukul 9pagi ada talk. dari prof acsa from usa. 
topik yang tiada kaitan dengan aku. tapi di paksa pergi
Ohhh bosan! memang siyes mengantok sangat. zzz.

after that ada buat scan mata. iris test.
lepas ni nak masuk lab kena scan mata. kelass kau. kau ada?
hahaha. gila canggih UTM ni sampai nk kena scan mata semua.
kalau tak lepas, ngadap la kau dok situ sampai esok.
tu semua duit tu, patut la yuran utm ni mahal gila. 
Ok poyo, padahal semua scholarship bayar. Ngeh3. 

petang tak da buat apa. tido. bangun je rasa malas dan ngantok
beli je mee hailam dan bungkus bawak balik. senang. 
punya malas aku hari ini, sampai fone jatuh pon malas nak bangun

aku curik kat fb pic ni

macam ni la malas aku. so satu paper pun aku tak buat
satu journal pon aku tak baca. menanti esok. apa ada?
esok nak pergi berjimba main bowling. hehe.
tu je motif posting hari ini. hahahaha
ok bye

-wasalam-

Monday, March 4, 2013

hadiah untuk kidney

assalamualikum u-oalls
moga sehat belaka semuanya. =)

hari ini chokely nak share satu cara chokely jaga kidney
 selain daripada makan ubat dan ubat dan ubat
adalah dengan meminum air barli

well, tak payah nak cerita semua pasti tahu khasiat barli ni kan 
tak tahu, gugel. salah satu nya adalah 'mencuci buah pinggang'
untuk insan seperti aku yang memang ada kidney problem eloklah kan
orang tua tua kata, barli ni boleh tolong cuci buah pinggang
harap harap toksin yg ada boleh terhapus dari buah pinggang aku 
nyahhh ko dari buah pinggang aku! hehehe
jadi ini hadiah istimewa untuk buah pinggang aku yg naif lagi suci ni.
hahahaha.

aku kan gadis tak berapa nak kampung
jadi hanya barli dalam tin yang mampu aku cari
cap ayam brand, my feveret sardin brand. eh tiba tiba. hahaha
caranya, satu sudu barli, rendam dalam air panas, tggu sejuk, dan minum
just simple. sambil baca journal tak sedar dah habis secawan. huhuhu. 


tubuh badan kita hanya pijaman saja
adakah kita menjaganya kurnian Allah dengan baik. =)
sakit itu ketentuan DIA, tapi ikhtiar dan semangat pilihan kita

Diriwayatkan dari Ibnu Majah dari Aisyah r.a, dia berkata:
Jika Rasullullah s.a.w mendapati salah seorang isteri(keluarganya) kurang sihat,
beliau memerintahkan untuk membuat sup dari bahan gandum barli
kemudian baginda menyuruh mereka untuk meminumnya, lantas bersabda:

" Sesungguhnya ia (sup barli) menyegarkan hati orang yang bersedih
dan membahagiakan yang sakit sebagaimana salah seorang kalian
menghapuskan kotoran dengan air dari wajahnya."

dah malam ni, nak sambung buat paper.
hoho. =D selamat malam semua.
kuat kuat kuat. 
-wasalam-

Sunday, March 3, 2013

pagi ahad

assalamualikum uoalls
selamat pagi ahad. =)

mood aku hari ini ceria 
seceria matahari yg sepoi bahasa muncul pagi ini. redup dan damai
bunyi burung yg merdu. angin yang damai. oh tenang
tingkap bilik aku yang hadap pokok dan bangunan
mood untuk study muncul pagi ini, tapi rasa nak blogging kejab 

seperti student lain, aku juga dapat baucer buku tu
well, aku tak beli satu buku pon. hahaha 
100 aku habiskan dengan membeli pendrive, mouse dan earphone
100 lagi aku guna untuk membeli barang kat bawah ni
plus calculator saintifik yg aku tak tahu nak guna untuk apa
hahaha. my fren kata, untuk apa beli semua ini. Ntah la
mood nak beli buku tu tak da. lagi bila buku aku nak semua tak ada stok
habis semua pen yg mahal, dan benda ngarut aku beli
ada lagi 50, mungkin bulan lima nanti aku gunakan 
lambat lagi expired dia. hehehehe 


tahun lepas punya baucer aku guna untuk adik kecik aku firdaus
habis semua dia gunakan dengan beli kaler dan benda ngarut dia
sekarang, aku beli benda ngarut aku pulak. sori lah adik. huhu

ok nak sambung buat paper. mood dan idea datang lah dekat padaku
ku merindumu di kala ini. marilah pada ku sayang. k bye 
-wasalam-

the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.