Pages

Wednesday, December 28, 2011

well prepared



final exam is coming just around the corner
aku kena siap sedia dari awal jawabnya
memandangkan memory RAM aku pun dah karat 
so dont expect study last minit la

now im living well with my chronic disease 
everyday need to fight. tell yourself to be strong
and do not show your sickness to people around you

pss, teringat lagu ni..
Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan
Jika kau fikirkan kemenangan, kau hampiri kejayaan

So, 
Life is not just finding who you are, but to create what you want
aku yakin aku akan sihat,
 InsyaAllah  Dia akan turunkan penawar untuk ku satu hari nanti

mungkin aku macam semakin teruk lately
yaa.. dengan my kidney yang meragam ni
buat chemotheraphy tiap bulan. plus my ulu hati yang saket je keje
but who knows..

ehh. melalut sudah aku ni.. pape pon.
Gud Luck to mySelf 
and also to all my dearest friends
selamat study lah anda anda semua. HoHoHo. 


Tuesday, December 27, 2011

a bunch of kids



We get bigger, we get taller, and we get older
But for the most part , we're still a bunch of kids
Running around the playground
Trying desperately to fit in

Monday, December 26, 2011

monday's

Marry Christmas to all christian and malaysian. 
aku pon sambut juga ni. satu malaysia. 
jgn tipu la kata tak sambut. korang pun cuti gak kan. 
its holiday! 

sabtu hari tu aku ke Tebrau City. ala Jusco. mana lagi kan.
ramai sangat la orang nye. yg aku cuma nampak SALE! SALE!
tapi nasib baik nafsu ku tak membuak masa tu. still in bajet lagi.
hohoho. fuh selamat. 



ahad and isnin pulak kemas kemas billik je. update blog juga :))
meh makan 'sunsweet pitted prunes'


ohh ya. nak tahu kenapa aku susah nak update status fb.
err. susah kee. boleh la. sebab nye aku lagi suke update kat blog ni. 
bukan semua baca pun plus boleh tulis panjang lebar. 
lagi sekali blog ni bukan tempat peribadi aku. 
=) aku masih punya hal peribadi yg tak boleh org lain tahu.


pesanan dari penaja :

ada ke sapa sapa yg stalk blog ni. mintak komen sikit boleh ^^`


Friday, December 23, 2011

seksa


tekanan. hanya itu yang aku rasa
bukan orang lain yang memberi tekanan itu
tapi mereka. pd yang aku sukar lari
terpaksa lah aku hadapi

ye. aku kata hadapi dengan senyuman
pd diri sendiri boleh ke pretending. tak kan
fikiran aku serabut celaru. apa yg aku fikir kan?

ada yg kata aku menyeksa diri sendiri
tapi hakikatnya mereka yg menyeksa aku
macam mana aku nak luah kan

Wednesday, December 21, 2011

di saat akhir sem.

saat saat akhir kuliah bagi semester ni
yg stdn last sem mybe akan mnikmati saat saat akhir pegi kelas 
dan bg lecturer pulak masa ni la nak mendera student
bagi projek saat saat akhir. haih. tension tension

just take it easy. hari ni chokely pegi workshop
'personal grooming workshop' just for fun
dapat la juga sijil walau pegi saje saje tu. Haha.
and dapat Reader Digest free lagi tau. 


and now. just fokus buat projek.
next week baru study week. so relax dulu
mood chokely tak berapa stabil. melarikan diri dri someone now
diam tu lebih baik. ok. done.

ohh ya. chokely sehat je skrg. =D kuat kuat. 
ubat saya makan tau. hoho. 



Saturday, December 17, 2011

jangan kau berani berani

just one thing i want you to know
don't you dare to come back to me
and if you want a reason
i give you thousands


please. jangan tekan button bawah ni
kalau tak anda pasti menyesal

Thursday, December 15, 2011

second chemo

chemotherapy kedua aku 14.12.2011 

aku sampai seremban jam 2pagi. tido la 2,3 jam lps tu subuh dah.
pagi tu bangun dengan sangat malas. malas dan malas nak pergi sepital.
tapi berjaya juga smpai ke wad6A. duduk atas katil wad dan kene interbiu
tp biasanya dieorang tak tanya banyak. ramai dah kenal. 
asyik asyik muka ni je kuar masuk wad ye tak. -_-


sama je macam chemo aku yg pertama.
tapi kali ni aku independent. lone ranger. Hee.
discaj wad kul5 ptg. kul6 terus naik bas balik UTM , jb ok
hebat kan aku. ngahaha. 

maaf la. chokely tak cerita lebih
mood sekarang pun tak berapa ok. badan dah saket saket ni.
rasa loya dan ntah la. semacam je dah ni.
petang ni ada kelas. tak tahu la larat ke tak ni.

Monday, December 12, 2011

bengang ok

sejak dari hari jumaat
aku punya tunggu punya tunggu
kau tak muncul muncul
kalau dah janji tu. sila la tepati
kalau dah tau pelupa. tulis besar besar kat witebod tu.
itu pun nak bagi tau. bagi notis ke depan pintu kata tak da.
dah la call tak angkat. mesej buat bodoh. 
banyak lagi keje lain selain nak menunggu depan bilik kau tau tak !!!
habis dah dua hari aku sia sia. jumaat dan isnin. fedup ni

aku yang menaip sambil bengang. + makan kfc

xmeal tu tapi air milo la.

tapi hari ni ku tak da la bosan sangat tunggu 
sebab ada juga la member yg turut berkongsi kebengangan beliau bersama aku
Hahaha. bukak la juga sesi meja bulat. ngeee~ 

ok. esok nak balik pukul bape
tiket bas tak beli. kamikaze je aku nie


Sunday, December 11, 2011

cerita kosong

dua hari ni saket betul kepala 
rasa nak je hantuk kepala kat dinding.
OK. memang dah hantuk pon. tp tak berhasil
-__-  cuaca panas sangat 2 hari ni
hmm. i hate hot. panas panas. puurrfff.. 

Thanks To Allah. hari ni hujan mencurah juga ke bumi ini
hari Ahad yg sangat best ni. hujan renyai renyai
aku nak siap kan jurnal yang tak start satu pun lagi.
Hehehe. best of luck chokely. chayoikkk.. !

oh. malam tadi aku tak dapat tido.
saket sangat sangat dada ni. 
susah nak bernafas. haih.
jangan la buat hal lagi...

to my dear body,
please be nice to me





Thursday, December 8, 2011

itu namanya


bila kau rasa sangat letih dan penat
bila kau rasa nak baring je atas katil
bila kau rasa tak tahu nak buat apa
dan bila kau rasa bosan gila

sedangkan assigtment kau melambak lagi tak buat
sedangkan tutorial pun tak buat lagi
sedangkan kau ada test yang menanti

itu nama nya
PEMALAS

wake up chokely ! 
kena seru ' Mood RAJIN ' datang jawab nya malam ni
banyak keje ni oii...


Wednesday, December 7, 2011

minggu letih

seminggu aku tak online. lappy rosak!

selama beberapa hari waktu dan ketika ini
aku letih sangat sangat tahap letih la

ahad ada kursus. malam tak tido sebab isnin ada test
isnin test. petang maen robot. malam naik bas balik rumah. 
selasa kul 2 pagi sampai rumah Seremban. 
6 pagi bangun balik pergi hospital. deym ramai gila orang. 
8 pagi ambik darah. hantar ke makmal. tunggu lagi. 
12 tgh hari jumpa pakar rheumato. ok sangat sweet doktor ni. *_* 
1.30 tgh hari after that jumpa pakar nephro. tak makan lagi. 
2.30 ptg settle doktor pergi ke pharmacy ambik ubat. 
last2 aku balik hospital kul 4ptg. seharian!
kul 5 ptg terus ambik tiket balik UTM.
kul 11 mlm baru sampai bilik. on ladtop and update blog. huh.

esok rabu ada quiz pulak. 
khamis test
sabtu interbiu... arghhh..!

next wednesday my second chemo. -___-
balik lagi. rasa nak angkat je seremban duk sebelah UTM.
letih sangat sangat sangat

update

sekarang chokely dah pun kembali ke UTM tercinta
dah start kelas dan study

kena cover semua yang tertinggal
ok sangat banyak. sampai nak bukak blog and update pun tak sempat
retest + quiz + assignment = do it ALONE.

sabtu ahad pergi 'have fun' dengan kawan
ok. ombak rindu. so so la..Aaron the best.
utk org yg da bace cam aku ni, novel best lagi. 
pst-x kan nak aspect sama mcm novel rite. =) 

urus kan apa yang patut. serabut ok.
jadi di private kan blog ni seketika.
supaya ia jadi semakin private. 

ok done. 

(ni sepatutnya minggu lepas nye update.. -___- )


Friday, November 18, 2011

jom bukak pharmacy

ni kawan aku la tanya
apa ubat aku makan

benda yang aku kena bebel hari hari
' MAKAN UBAT '

stok ubat untuk 2 minggu

1# prednisolone  5mg x 6 biji
2# hydrochloroquine sulphate 200mg x 1 biji
3# calcium carbonate 500mg x 2 biji
4# frusemide 40mg x 4 biji
5# calcitrol 250mg x 2 biji
6# ascobic acid 100mg x 2 biji
7# iron 200mg x 2 biji
8# ranitidine 150mg x 2 biji
9# diltiazem 30mg x 9 biji
10# spirunulactone 25mg x 4 biji
11#  ---------
12# folic acid 5mg x 1 biji

kesimpulan nya :
ada 11 jenis ubat semua nya
pagi - 21biji
petang- 7 biji
malam - 7 biji
sehari makan 35 biji

air yang aku boleh minum 
tak boleh lebih dari 500ml sehari
termasuk air dari buah, sup dan makanan lain

boleh tak korang hidup makan ubat sehari 35 biji.. 
lepas tu air tak boleh lebih 500ml sehari ??
satu botol kecik tau tak
panas kering letih sangat badan
ulu hati ku pedih gila.. perut ku saket.
aku gelak gelak.. tapi tak da sapa tau

PENAT
asyik asyik ubat ubat ubat ubat
belum benda lain lagi.
aku cukup LETIH.

Ya-Allah.. syaitan mmg selalu hasut
Alhamdullillah aku tak kena dialisis tak kene cuci darah
ada yang lagi teruk dan lagi tak bernasib baik dari kau
ala ubat je pun... 
aku kan kuat. senyum sila. =)
Allah tengah uji kau ni. dia makin rapat dgn kau
orang dia sayang kan dia selalu uji
korang pun

(∪ ◡ ∪)

hari chemotheraphy

semua mesti tanya chemo tu saket ke
jom aku cerita

sebelum tu xcersice math
aku admitted Hosp jam 8.30 pagi wad 6b
start buat branula jam 11.30 pagi
dah terang2 dalam borang tu ubat aku start 9.30 pagi - 11.30 pagi
bayangkan berapa lama aku kene tunggu. geram kot

chemo start 12.30 dalam masa 4 jam
ok. kiranya kul 4 petang habis
discharge 6 petang
so.. berapa lama aku duk wad?
geram nyeee aku... do0ctor kata 2,3 jam siap terus balik
ok. abes da =)

IV cyclophosphamide - ubat
ada panggil chemo ada panggil cyclo
doctor sy kata chemo.. cyclo tu ubat

chemo ni memang la bahaya
bukan pada aku je.. tapi skeliling aku
sebab tu dia ada tulis 'CAUTION' besar2
ia boleh terkena pada orang lain juga
kesian staff nurse yang angkut box ni dan jaga aku.. 
pening2 lalat dia. =)

doctor kata masa buat ni akan rasa pening, loya, nak muntah, 
bdan rasa semacam, mulut kelat, eee... macam2 la... 
tapi aku relax je.. bole siap makan macam2 lgi. 
pastu gelak2..HaHaHa.

tapi.. lepas tu....
memang aku rasa la kesan nya...
terlantar je aku... semua aku nampak bayang
dan benda ni akan ambik masa yg lama tuk ok.

kalau orang lain boleh pening2 nak muntah
ni kan pulak toksin ni ada dalam badan aku 
hmmm... rasa nak demam
kesian auntie sy dia pun pening dan demam.
time kasih makteh temankan masa ni


lepas ni ada lagi. 
hopefully tak da la rambut ku gugur
(◕︵◕)



result kidney biopsi

15/11
pagi tu aku gerak sorang je ke hospital
takut pon ada. apa lah result kan. 

kat bilik doc.
bila aku tanya baru die akan jawab. geram pon ada. 
memang sah kidney ada kerosakan di sebabkan oleh 'SLE'
agak nak nangis la bila doc terangkan kerosakan dia
doc : ' kita buat chemo esok '... terus aku nangis depan dia
.....
makna lepas ni kalau dia active.. dah tau nak buat apa
nak bagi ubat apa and rawatan mcm mana
chemo ni tuk protect kidney tu jadi semakin teruk
OK. lega la juga bila doc kata mcam tu
sekarang aku kene tambah ubat baru
tok kidney saja 13biji sehari

esok terus aku admited wad once again
plan tuk aku balik UTM ditangguhkan
di sebabkan aku kene buat rawatan segera 

Result : Diffuse Proliferative Lupus Nephritis (Class IV)
first chemotheraphy : IV cyclophoshamide

cerita lepas kuar wad

kaki bengkak keluar wad
limitation air yang boleh masuk dalam badan tak lebih 500ml
rasa bengkak sangat2 badan ni
badan bengkak 'air'.. berat gila tau tak nak bawak badan

Dr.Gun yg garang tu ada pesan sbelum keluar wad
'No swimming pool No Shopping No Orang Ramai OK'

tak remaja la kalau dok terperap jeee... (^^,)v
lepas 2 hari kuar wad boleh pergi mcD lagi
HeHeHe

besar kan pipi
berat 61.1 kg  tau masa ni

bosan sangat duk rumah
merayap ke Nilai3
'sale sale sale'.. tu je aku nampak. 
kebetulan nak ke banting. bkan salah saya ni. =)
muka pucat masa ni.. penat
ni kazen saya 
sekian

jusco jusco jusco !
hmm.. ni semua cari penyakit.. adik bising 
baru seminggu cucuk buah pinggang tu.. pkai high heel pulak
-__-'' biar la. jeles.

masa ni nak gerak ke Hos.Pakar
muka innocent je macam tak buat salah
appt nak tau result biopsi =)

sekarang da jadi 50.3 kg
hebat kan dalam masa 10 hari turun berkilo kilo.
 saya dah kurus tau sekarang !
Hahaha.
rahsia nanti cerita. =D

Saturday, November 12, 2011

cukup tertekan

hari ni ujian datang lagi
semakin hari aku rasa seperti mahu menjerit 
tapi aku akan terus dan tetap akan ketawa
menyembunyikan segalanya
dan akhirnya cuma air mata

kenapa mereka masih tak faham
aku dah cukup tertekan !!

"Ya Allah,sejukkanlah hatiku dengan salji dan kesejukan dan air yang sejuk.Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran." 
(Riwayat al-Tarmizi)

tarik nafas dalam dalam dan senyum chokely =)
Allah nak tambah pahala ni. 

arghhhhhh !!!
ok. big smile.. =))

Tuesday, November 8, 2011

entri malam

ujian hebat untuk orang yang hebat
bersyukur kerana Allah pilih kita

mak kata
ujian aku ni kecil je di banding kan dengan orang lain
cuba bayangkan kanak2 kat palestin tu
ada yang tak makan. kene zalimi lagi. ada juga yg tak da mak ayah
ok. aku tak nak sedih sedih lagi.
=)


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
iklas dalam pengorbanan


Monday, November 7, 2011

done kidney biopsi

selepas entri terakhir aku pindah katil
dari belakang ke depan.. merantau aku satu wad.

aku kira muda jgk la dalam wad tu kan
so memang ramai la yg akan tegur.. 'dok sepital sebab ape dik..'
aku pon innocent jawab.. 'nak biopsi bh pinggang..'
adoi..die punya soalan lepas tu kalah la exam SPM nk jawabnya
nyesal kot jawab jujur. lepas tu aku jawab demam je kalo org tanya
lepas tu sengih2.. ntah berapa banyak dosa la aku buat kat sepital tu

10 hari aku on iv drip
tapi saket die.. perghh. die punya likat..kuning n pekat
memang rasa nak jerit kot.. ku pandang je buble2 die bile nak abes


ubat yang sangat saket

ubat ni untuk infection kat paru2 rasanya
tak pon nak buang air kat jantung
aku pun tak tahu function dia
yang pasti memang saket

2hb 2011- renal biopsi @ biopsi buah pinggang
jam 7.30 pagi katil ku kene tolak ke bilik procedur
ku punya cuak takot berdebar semua ada masa tu
sejak malam tu lagi.. tak boleh tidur. 

sebelum tu aku di beri ubat tido.. rasa mamai sgt2
sampai kat bilik procedur.. jantung ku berdebar
aku patient pertama.. tukar kain..baring meniarap.. 
tak boleh gerak langsung waktu tu.. di bius setempat
opcoz ku jerit.. Haha.. lepas tu ku tak rasa apa.
doctor tu terang satu2 apa dia buat.. aku diam je
tau2 dah siap je.. maybe ku dah di beri ubat mamai.. 
rasa nak tido je masa tu


bila ubat bius dah habis


ok.. yang tak boleh tahan sebab tak bole gerak langsung selama 6 jam
ada beg pasir kat belakang tok aku tekan..
siyes.. naek kebas punggung.. lenguh die Ya-Allah.. 
lagi2 bila bius nya makin habis.. da rasa saket dia..
pening..nk muntah.. rasa nak pitam pun ada
tapi Alhamdulillah semua ok.. tak da bleeding.. cuma....

tekanan darah ku tinggi.. tak nak turun2.
sekarang ku dah discharge.. tapi kne followup check tekanan darah 2 hari sekali
sampai keputusan biopsi kuar.. dah la ubat ku ada yang tak da. hmmm..
malas nya... badan ku sangat2 penat.. letih.. 
jalan sikit pon rasa nak pitam..
ku letih sangat sekarang nie.. nak drive pon takot


ni baru sikit lebam

badan saya sangat penat... =( 

Monday, October 24, 2011

attack jantung pulak dah~

selasa aku dah admited
plan buat 'Renal Biopsi'
tapi  fever dan batuk teruk
biopsi cancel.
badan ku semakin membengkak

aku plg tak tahan bila dotor cucuk badan aku
urat yg nipis di cucuk dengan jarum yang tebal
satu wad aku jerit.. tak ada dah nak cover malu.
meleleh air mata aku.. sekuat hati ku jerit.

nak cari urat aku je dah sejam.
belum cuba try test die.. ada la berbelas kali
doctor ada kiri kanan cari urat. nak kat kaki la..leher la..
berpeluh la jgk. saket kot..

batuk semakin teruk. 
tibe2 infection di paru2 belah kiri.
ok.. mmg dulu penah kene pon..jdi x mustahil kene lagi.

after that doctor pakar dapat detect jantung de problem
sebab jantung ku berdegup lemah 
buat 'eco' or ultrasound jantung
result- dalam jantung ada air.

sebelum ni aku asyik fikir nak balik buat exam
lepas ku tau de masalah jantung.
tak ada benda lain ku fikir dah... nak sehat!
'JANTUNG WEI'

doctor kata nasib baik air dia sikit
tak perlu cucuk tiub.. tp kene stay tok masuk ubat

kesimpulan : makin lama la aku kat wad ni. -_-''
ubat pon dah jadi berpuluh biji



Sunday, October 16, 2011

...


" there are times I feel like running away. 
hiding, from troubles and wishing they will just dissappear "
~ chokely

Saturday, October 15, 2011

rasa itu


kau lebih sempurna.. bukan aku
kau punya masa depan yg cerah.. bukan aku
tapi kenapa kau begini

atau kau nak rasa berada di tempat aku sekarang ni
setiap orang ada kurang nya kan.. 
jangan la begini

rezeki aku bukan di sini 
DIA bagi aku rezeki yang lain
kau pun sama syg

aku dah cukup rasa tertekan sekarang 
doa kan aku dan aku doakan terbaik pd kau
.....

Friday, October 14, 2011

kakak mu ini takot

isnin 10/10/11 ke Pakar Rheumatologi
dengan bawa report yang ku rasa memang ada masalah
memang sah kene tahan wad. 

x-ray , 24urine protein and utrasound
masuk IV and antibiotik. first time tak saket.
pakar urat datang buat drip tu.. suke3. =)

sepanjang duk kat wad rasa kelakar pon ada.
untung nye jadi pt paling muda dalam wad nie. ngee~
bila ingat ku rasa nak tersengih pulak. HaHa.
hari2 ku mandi. the only pt yg mandi 3 kali sehari. 
bajet nak cakap ku wangi la ok. Hee..

ada sekali buat check retina mata.. 
semua langsir tutup. elak cahaya.. just him n me
dia bagi eyemore..tak berani nak titik mata org katanya.. =)
after that.. die dekat kan mata die kat aku... ok procedur cam tu kan

tpi bibir die dekat sgt dengan bibir aku. ok bibir dah nk tersentuh.... 
nafas dia pun ku rasa.. arghhh.. die bole buat tak tahu je..
" mata adk ni cantek la..besar.." OMG. jgn la berkata2..
ku diam kot.. tak gerak dah.. kaku.. bole jatuh jantung waktu tu rasa..
silap2 abes first kiss ku ni.. 

masa ambek darah...
' adk dah kawen..? ' ' belum doc.. baru 22..' ' bek awk kawen cpt.. '
belum sempat ku nak jawab dia dah blaa.. 
weyh.. ku yg gatal ke die nie...?? tension aku...!

ultrasound kidney tak berapa ok.
selasa ni admit hospital balik. 
doktor pakar Nephro bagi 3 hari tuk rest.. before buat renal biopsi.
takot nye bila ingat. 

lepas buat renal biopsi.. tak bole gerak 6,7 jam.
abes la dara ku buat kali ke2 kalau kene pkai tiub tu. *_*
kalau still de darah dalam uFeme kene tahan lagi..
plus jumpa dia lagi kat wad.. ahhh shit shit.

pst : gambar nanti la chokely letak
nak rest baru balik..letih~

Sunday, October 9, 2011

risau laa..

5 minggu chokely diam kan diri..

biasanya chokely update blog ikut hati dan perasaan
chokely tak berapa nak ok. a.k.a tak sehat
tak larat nak cerita kat blog nie.. maybe dah tak ada orang baca kot.
HeHe.. ok jugak. private la sikit. hidup chokely stress sikit sejak akhir2 ni.
bilik pon single.. nages la sorang sorang.. 

3kali masuk wad dalam sebulan. ok la.. chokely dah biasa.. tapii...
bila ada orang tanya.. confirm akan rasa down. 
chokely rela buat semuanya sendiri dari susahkan orang lain. 

esok chokely akan ke specialist.. risau ok. ESR 94. normal <20
with urine protein 3+.. kaki dah bengkak. deym. abis la chokely..
'Hope Everything OK'


Sunday, August 28, 2011

sihat itu sementara

selama mana je kita semua akan sihat.. 
satu hari nanti kita pasti sakit. pasti tua..
kalau kita sehat sekarang..selamanya nye ke kita akan sehat?
Tuhan boleh tarik nikmat kita ni sekejab saja
tak kira la awk bijak, tak berape bijak, cantik, tak berapa cantik, kaya or miskin

bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.

Rara Zikry.. si gadis cantik manis.. pasti dia pun tak nak saket. 
sy paham perasaan gadis ni.. saket datang yang kita sendiri tak kan sangka.
Diagnosis : Hypoxic Ischaemic Encephalopathy, brain injury due to lack of oxygen.




walau sekaya mana pun seseorang tu.. masih belum dapat beli nikmat kesihatan.
kalau dia boleh beli pasti dia akan ke penghujung dunia sekalipun
dan sure dia pasti akan laburkan semua duit dia untuk kembali sihat.
Steve Job, perletakan jawatan sebagai CEO Apple derita akibat kesihatan


mereka ni hidup perlukan bantuan orang lain..
kita patut bersyukur masih ada kaki boleh berjalan sendiri, ada tangan , mata, .......
walau mereka derita akibat saket..diaorang terus berjuang untuk hidup.

jadi tolong la ye.. jangan la sia sia kan hidup kamu ketika masih sehat.
lebih2 lagi ' aku rasa nak mati je bila dia clash kan aku '.. 
argghhh... rasa nak cekik je orang cam ni. 
cube tengok orang sekeliling kamu yg lebih menderita..
[iklan tunjuk perasaan kejab...]

moral of the entri kali ini... 
fikir kan sendiri ok.. kamu semua dah besar =)

Saturday, August 27, 2011

yeaa..perfume raya

chokely dapat surat cinta..surat tuntutan..
dari pos laju malaysia.

ke senawang...cari mana la pos laju ni.
walau bertahun duk kat seremban ni.. still tak tahu lagi pos laju kat mana.
HaHa.. teruk betul..mintak adik teman kan. 
adik siap dah bagi warning...' kalau dapat kad raya je siap la akak '

jeng jeng jeng...

wow.. chokely dapat perfume la.
extra buku ilmiah dan kad raya.. 

ingat tak entri new Lip Gloss.. 
kat entri ni chokely de mintak org hadiah kan perfume.
ok. chokely main2 je.. gurau semata mata.
tak sangke betul2 ada orang hadiah kan. 
Ya Allah.. baik hati betul insan ini. 
dia nak chokely sentiasa gembira. 

sy sentiasa doa kan akak ni dapat kegembiraan di sisi Allah.
yes.. kakak. bukan boypren ye.
tq kak latifah. tq so much. =)

kalau sy tahu
baik sy mintak ni...


Nissan Fairlady
melampau betul ye tak. =P
Haha.. ok yg ni betul main main.

the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.