Pages

Wednesday, November 14, 2012

duabelas

bulan duabelas.

bulan duabelas ni kawan yg aku rasa sangat baik orangnya akan kawen
dia ex pada kawan baik aku. cintanya pd org lain tapi kawen dgn org lain.
mungkin itu jodoh. aku harap dia bahgia hgga akhir hayat. 
jauh weddingnya kelantan. doa je aku mampu kirim =)
congratulation awak. 

bulan duabelas ni abg angkat aku juga kawen
tak tahu kenapa aku rasa lain. 10 tahun kami bersama. 
aku anggap dia abg kandung aku. mesra dan rapat.
lepas ni aku tak tahu nak layan macam mana. suami orang. hmm. 
shah alam. mungkin aku pergi.
congratulation abg.

bulan duabelas ni juga 'dia' akan kawen.
semakin hari dia nak kawen, semakin kerap dia call
aku tak tahu apa patut aku lakukan. 
aku nak lari sebenarnya. lari jauh sangat sangat dari dia. 
aku harapkan dia bahgia sampai dia mampu lupakan aku. 
perak. dia mesti tak nak aku datang. 
congratulation. 

bulan duabelas ni byk dapat invitation kawen
ada juga yg plan kawen, tak jadi kawen
aku tak nak balik rumah bulan duabelas ni bole tak
ni la bulan duabelas yg paling worst dalam hidup aku

bulan duabelas ni aku akan kehilangan ramai orang.
orang yang sangat aku rapat. yg aku sayang. lepas ni milik org lain.
damn sangat sedih. aku nak buat apa ni. 
apa yang aku nak sebenarnya. kenapa aku rasa macam ni. 
Ahhh. mental mental. 

Tuesday, November 6, 2012

pagi selasa

 morning u-oall. =)
lately aku tak dapat bukak blog
tak tahu kenapa kene block. jeles agaknya. Haha. 

sejak akhir akhir ni aku tak pernah mis ubat. (23 biji sehari tak turun)
macam tak percaya pulak. malas mcm mana pon ku tetap makan
aku macam dapat satu semangat untuk terus sehat n sehat


dan nampak seperti sudah sehat kan aku? 
cuma pipi on process penurunan. Haha. 
plus dengan parut parut yang masih bersisa. =)
aku dah boleh pakai balik seluar jeans lama. Oh Im hapy gila. 

sekarang aku berkira kira nak sambung study or keja. 
90% study. haha. nak buat research apa ni eh
kena fikir masa depan dah ni.

kawan kawan semua. walau macam mana pon orang pandang kita
be positive. be happy. be cool. be urself
jangan stress kan diri. =)

Wednesday, October 31, 2012

after raya

morning uoall
hai hai

terlambat dah rasanya nak wish selamat hari raya aidiladha =)
raya aku di penuhi dengan aktiviti yang membosankan
paling best ada BBQ kat kampung. 
tapi aku bukan boleh makan benda bakar ni. penyakit tu.
so cuma seketul ayam dan seketul hotdog je yg mampu. 
sedap taw!

selasa aku ke hospital. 
monthly checkup as always
semua nya under control Alhamdulillah.
result makin baek walaupun tak drastik. =)
itu yg kite mahukan.. hehe. 


hari ni aku brekfes kek batik
adek my beloved besfren buatkan
sedap sedap sedap. yummy..

lepas raya ni berat naek.
macam ada saka je tiap kali aku balik mesti naik lemak
5 hari duduk rumah naek 4kg. terbaek kan. Arghh. 
berat 55kg , tinggi 160.. bmi 22. on control lagi.
HaHaHa.

Sunday, October 28, 2012

selamat hari raya aidiladha u-oall =)
oh masih berada dalam baki baki hari raya kan

raya korban kali ni aku bangun awal pagi
tahun lepas tengah hari baru bangun dengan baju tido lagi
so adalah lah progress. dah bole kawen ni. Opsss. Haha.

and opcoz la setiap kali raya adalah masa untuk makan kan
the best part.. kg aku buat BBQ. pergh..terbaek.
lepas tu bosan. habis kan masa dengan keluar dan berjalan-jalan.
tak serupa raya pon. zzzz.


Tuesday, October 23, 2012

tak paham ke fone aku rosak

petang u-oalls

macam biasa la nak cerita cerita sikit hari ni
hangin ni tengah hangin

fone aku dah lama rosak. rosak sebab adek aku buat baling anjing
rosak memang tak boleh ON. means semua data dalam fone tu hilang
data paling penting adalah no telefone la pastinya.

haa. ni nak bagi tahu. 
ada la someone hamba Allah yang sangat pandai ni mesej aku.
'hai' and aku reply la. 'mf ni sape ye, fone rosak no hilang'
and die reply 'cuba teka sapa sayang' .. memang tak lah aku nak teka kan
ramai kot aku mesej. gila nak aku sebut semua nama. memang kantoi la.
so conclusion selamat aku buat tak tahu.

' wei sombong ' itu dia reply aku. what the fish nya lah.
kau memang saja bagi aku panas kan. bukan sekali macam ni.
macam mane aku nk bgi semua paham FONE AKU ROSAK LA.
kalau post kat fb kompem kompem lagi byk mesej aku dapat.
kawan aku semua nya baek baek belaka. Arghhh. 

kau buat aku stres paham.


Friday, October 19, 2012

salam jumaat

salam jumaat kawan kawan. =)

pagi ni aku seperti biasa bosan
supervisor aku kata 
'yang kau pegi buat keja tu laju laju nape'
haa.. ambek kau dah tak tahu nak buat apa hari ini
jadi dalam report aku tulis 'system maintenance'
padahal 'FB maintenance' Ngahaha. 

jumaat adalah hari aku speky. =D

bagi mengisi masa yang tersangat lapang ni
buku di pinjam dari mak tiri. Oh best.
susun kata yang sangat menarik perhatian untuk baca

nak cerita sikit.
pagi tadi ada seorang hamba Allah ni tegur
'hei kau makin kurus la. dah macam dulu balik'
oh suke suke. HaHa. 
bukan suka sebab dia puji aku kurus. opss.
tapi sebab itu maknanya aku semakin sihat. 
Alhamdullilah. =)

kalau kira kira hampir setangah tahun aku tak masuk wad.
nam bulan dah.. harap kekal untuk 6 tahun akan datang.
Syukur Alhamdulillah. 


Thursday, October 18, 2012

bosan ni

hye uoall
hari ini hari yang sangat bosan
sangat sangat sangat lah bosan dalam opis ni
aku nak balik cepat

ade macam duck face tak. HaHaHa.
sape tegur aku remove gambar ni.

hari ni bufday mak tiri aku. HaHa.
nak keluar makan makan dengan dia after balik keje ni.
cepat la pukul lima. tension dah.
mood pun tak ada hari ini. 

Tuesday, October 16, 2012

Oh happy day

morning u-olls =)
wish u a happy day

hari ni mood aku pun happy and happy
bangun pagi hari hari pun ceria. 
semangat semangat 

ni tempat aku ber'fb'. bersepah kan. HaHa.
snap pakai lappy. fone rosak =(

hari aku nak cerita sikit pasal hAppy 
yes im happy.. very happy girl now. 
and there's someone who kol me and asked
' sy perasan awk happy, kenapa awk happy , sapa yang buat awak happy ' 
dan bunyinya seperti tak puas hati, why im happy

'yes, there's someone who make me smile and happy' 'happy now?' 
i wish i can say that.. Arghhh. 
tapi yang aku mampu buat cuma ketawa. why sbb aku nak jaga hati dia.
Im sorry. but yes.. im happy now not because of u. 
nampak macam jahat pulak aku ni. Hmm... chill ok. 

maaf la. tapi kesalahan besar yang awak buat adalah
memberi peluang pada orang lain untuk buat saya tersenyum 


Wednesday, October 10, 2012

riak

hari ni aku nak share something tentang sv aku
for your information dia ada breast cancer stage four
tapi refuse untuk terima rawatan hospital atau chemotheraphy
dia dah buang cancer tu. and now live without any treatment
dia masih sehat. and look memang sehat. bekerja seperti biasa
funny, always smile and sangat sporting. =)
dia selalu nasihat kan aku. percaya pada DIA. 

katanya dia paling takut kalau ada yg bertanya 'kenapa tak pergi hospital'
dia takut ada perasaan 'RIAK' dalam hati dia. Allah masih beri dia sehat hgga hari ini
aku memang sentap sangat. dan hanya mampu tersenyum.
ada ke aku perasan begitu?


bukan setakat riak dari kesihatan tapi ada tak kita riak dari segi lain.
bangga dengan segulung ijazah. bangga dengan kekayaan 
 bangga dengan keluarga. bangga dengan kegembiraan . 
bangga dengan apa ada dalam diri kita. walau pun sikit kita rasa bangga. 
itu riak namanya. sentap aku. 

Tuesday, October 9, 2012

beku

hari ni sememangnya hari yang bahgia
aircond yang terlampau kuat ditambah hujan lebat
perghh.. memang kombinasi yang sangat baik
beku oi beku aku kat sini. 

ade la comel sikit cam aku kan 
wahaha. jauh dari panggang der..
well hello. chokely mmg comel ok. *once upon a time 
very long long long long time ago. HaHaHa.

hari ni ada orang tanye aku.
"bes tak makan ubat hari hari"
Hahaha. rasa best gila wei. nikmat. 
try la. kau telan panadol sepapan hari hari pon ok dah tu.
heaven! 

Tuesday, October 2, 2012

much better

selamat pagi u-oulls
semangat betul pagi ni. sawan bahgia melanda. =D
lama tak update blog ni. rasa nak tulis macam macam je.

now aku internship. best tak terhingga intern aku ini.
x fikir asgment, x susah nak jumpe lecturer, tak risau exam
8.oo am - 5.oo pm. malam and weekend holiday.
kan terbaik tu. =) bahgia bahgia... haha

kesihatan aku alhamdulillah much better. =)
tak tahu la nak cakap tipu diri sendiri or memang ok.
aku dah tak ada hati dan perasaan nak rasa sentap dan sedih ni.
things happend for reason. memang betul. so chill sudah..

ubat..? tak ada yang kurang. makin bertambah ada.
new medicion.. Mycophenolate Mofetil. 'Cellcept' drug kuat.
5 biji ok sehari. besar gile ubat ni.. zzzz..dah bape kali muntah coz tak tahan
tapi ku telan kan juga. nak sehat kan..? nak baek kan..?
penat dah aku dengar pujuk rayu macam tu. dah lali.. hee.
tapi bersyukur walau dah hampir 2 tahun sume masih care
so sweet of me.. opss. so sweet u-oulls. =)



Friday, June 29, 2012

finally habis


akhirnya siap juga thesis aku ni . HaHaHa
esok nak jilid dan buku kan. suka suka suka
lepas ni aku nak siap siap balik rumah

hari tu aku present , kena bantai agak teruk juga ='(
setiap seorang patut ada 2 examinar 
tapi bila turn aku sampai 4 Dr. nak masuk campur
bayangkan... mmg semput ar aku nak menjawab 
tapi semua dah settle. Alhamdulillah... =) syukur sangat. 


banyak kena edit. memang terbaik.


nak di tambahkan cerita, cuti ni aku dapat offer
what offer? jadi research assistance 
aku jadi research assistance?? HaHa. buat geli je
tugas aku membuat journal dalam BI. byk kot..
katanya aku ada bakat penulisan thesis. OMG biar betul. HAHAHA.
siyes aku geli ati mendengarnya. english aku terabur gila.
and masalahnya aku pakai Google translate je pun
Oh My English !!

saje ar tu nak pancing aku. memang takkan aku terima
aku dah plan nak duk rumah je cuti ni. puasa kot.
sorry la. aku dah 2 bulan tangguh treatment hospital.
badan aku dah semacam ni. =) 

baru nak check app. =)
5hb jumpa dr.skin , nephro 10hb , sle 10hb,
dental tca , ent tca.

chemotheraphy.. already done. yohoo. 
lepas ni treatment bagi kulit baek balik.
kesan chemo ni buat kulit aku.. haih tak tau nak cakap.
sedih.. =(

Saturday, June 23, 2012

wish me

aku busy sikit lately.
final exam dah habis. lepas ni No More Exam! hoyee.

tapi ada final presentation Thesis project isnin ni
25hb, 9.50 am.. examiner Prof Ishak and Dr.Andri
HoMaiGod...cuak kot. apa lah yang aku nak goreng nanti


Wish Me Luck. sikit je lagi nak habis. =)

nota kaki : kipas bilik ni tak betul pon lagi.
hebat kan aku, seminggu hidup dalam bilik tanpa kipas. 
dah la hati ku panas dengan someone. 


Friday, June 15, 2012

time ni pulak ko nak buat hal

kau ni memang saja je cari pasal dengan aku kan
time aku tengah busy and banyak keja ni juga ko nak buat hal
kau nak cari gaduh dengan aku ke
kau memang tak puas hati tengok aku senang kan
dah kali ke ketiga kau buat hal. memang aku hot la dengan kau ni
dah la kau buat hal hari Jumaat, nape bukan dari awal awal lagi
jadi macam mana aku nak pegi report pasal kau 

PANAS betul aku dengan kau ni

HOT HOT HOT

berpeluh gila aku sekarang ni
KIPAS! asal masa ni la kau nak rosak
tak boleh ke kau nak rosak masa aku dah habis semester
menyusahkan aku betul la. nampaknya 3 hari ni mandi kepanasan la aku
buat aku stress je nak study. tension dah. 
Arghhhh!! 

Thursday, June 14, 2012

chemotheraphy ke 6


sekian lama tak menghupdate. tiga minggu ada la jugak. sape kesah ye tak. =)
ok. aku dah pun selesai chemotheraphy yang ke-6. iaitu 31 May yang lalu.
Hoyeaah.. yang paling akhir. lepas ni takde dah. Hip Hip Horeeaa!! 
maksud nya dah OK ke? tak jugak. Haha.
lepas ni tukar ubat baru. aku pun tak tau la ubat apa. 

nak di jadikan cerita. chemo aku yang terakhir ni special sikit.
special nya. aku bukan buat dekat wad macam biasa. tapi kat ACC
Ambulatory Care Centre name dia. memang xclusive. pantas dan efficient
bayaran dia pun boleh tahan juga. -_-'' nasib bek last. Haha.
mana tak nya, kelas 4 bintang, dah macam hotel pulak.


dekat situ memang ada unit khas untuk chemotheraphy ni.
baru aku tahu ramai rupanya. majoriti dah tua, and botak.
aku bersyukur, rambut aku masih ada lagi. sikit je dose aku kena.
4 kali kena 0.75 mg, sekali 1.2 mg and last 1.0 mg. 

sekarang ni aku buzy sikit. bukan sikit tapi banyak. bz tido.
tak sabar nak habis semester ni Arghh. . 

Monday, May 21, 2012

fast entri

hai hai hai
lamanya tak datang sini. harum sungguh blog aku ni
sapa la yang selalu kentut kat sini ek? HaHa.

aku ok je so far. alhamdullilah. semakin ok.
maksud ok tu maknanya aku sehat saja sayang =)
no fever, no pain, but stress YES. due date present thesis makin dekat
dub dab dub dab. takot tak dapat capai target. Hmm. 
Jom makan kepsi sebentar. Yummy..


lately aku alami jiwa kacau sikit. sebab aku nak lari dari seseorang
tapi makin aku lari, makin dekat pulak dia nak datang. OMG.
apa la patut aku buat ni. STOP, jangan kata 'biarlah'....
dia kepunyaan orang ok. haram tau.
nak kata bodoh pun ada jugak aku ni
tapi lebih pada baik hati la. kuang kuang kuang
baek hati la sangat kan------''




Friday, May 11, 2012

in library now

sekarang chokely ada kat library. Haha. poyo kan.
dari pagi tau, and now dah pukul 6 petang. amazing race gila.
ni semua penangan thesis aku yang terpaksa aku maximum speed
aku dah lapar. nak stop dan balik makan. 


nak ngadu sikit. kaki aku tumbuh gelembung air. deym!
kasut ni gigit aku. nyesal pulak pakai kasut ni. --''


k bye bye

Wednesday, May 9, 2012

bulan busy

chokely sekarang tengah kebizian menghadap thesis.
alhamdulillah, so far dah sampai analysis ke programming coding
gila pantas cekap dan berkesan kan. =) 
macam orang meroyan buatnya. mungkin lepas ni aku makin busy. 
nak fokus dalam editing chapter. suka aku kalau keje laju ni. =D

satu buku pinjam dari libarary
satu lagi dari Dr.D. =D

minggu depan aku ada appoitment lagi. dengan nephro.
Doktor! saya tak larat la. tangguh la.  aku da nekad. 
arghh. aku tak boleh terima dah. relax la dulu chemo tu
esok aku call klinik pakar mintak penangguhan. 
aku malas dah nak balik seremban sebenarnya. letih!

bulan ni aku busy betul. maybe jarang update. =)

Sunday, May 6, 2012

chemotheraphy ke lima teruk

kemana lagi lah chokely menghilang seminggu ni kan
biasa la. mana lagi kalau tak kene warded AGAIN!
aku rasa tahun ni je, dah beberapa kali aku relapse
ok. ini lah dugaan untuk tahun ni agaknya. Redha. 

dengan semangat yang tak berapa kental. isnin aku ke hospital
chemotheraphy ke lima. nasib baik sekali cucuk jarum masuk terus.
and what the fish nye. aku kena tunggu 10JAM tuk ubat aku keluar dari pharmacy
ok. di ulangi 10JAM. aku punya hot tu tuhan saja lah yg tahu.
sepatutnya ubat chemo aku dah di siapkan sehari awal lagi. dan akhirnya...
tengah malam baru aku start on chemo. --' dengan perasaan yg sgt la tension.


ok itu satu hal. bila dah habis tu. tak pasal pasal doktor tak bagi balik
sebab dah kul 1 pagi. dengan memberi janji indah 'esok pagi2 sy discaj awk'
and once again. what the fish nye lah sampai ke tengah hari doktor tu buat 'dek' je
seronok sangat ke tengok muka aku lama lama dalam wad tu. purfffhh..
by the way. hospital and rumah aku 10minit je. aku dah bajet nak lari kot.

nampak tak betapa tension and tertekan nya aku?
tapi sebab aku ni comel. aku senyum kan aje lah kat doktor tu 

di sebabkan ke'tension'an aku yg melampau. balik je rumah aku down
muntah teruk + saket kepale terlampau + sesak nafas + menggigil
ok. aku rasa balasan aku kutuk doktor tu agaknye --''

my dad bawak terus ke emergency. kena warded again. 
kadar jantung aku 140. ok normal 80 je. so jantung aku buat hal 
tak pasal pasal kena buat eco. HaHa. padan muka aku.

so sekarang ni. aku ok je. Hehe. 
biasa la kalau dah chipsmore. kejab ok kejab tak ok.
and sorry la kali ni more pada luahan rasa tak puas hati je. keke.

ok cita pasal SLE. sekarang dah chemo kelima.
but unfortunately still tak ada ape ape perubahan pd kidney aku.
aku pun tak tahu rawatan apa pulak lepas ni doktor nak bagi
terima saje lah kan. =) selagi masih boleh bernafas atas muka bumi ni
bersyukurr...


Saturday, April 28, 2012

rm 2juta thesis

kat mana nak start post kali ni ye. hmm.
Oh aku kena hadir kursus hari ni. ISO 9001
instructor dia memang terbaik la. kelakar nak habis. best!
sepatutnya dari jam9-5 tapi dia habiskan sebelum kul12.30
tak ke terbaekkk tu, Haha. esok harap macam tu jgk la.


document atas tu adalah phd thesis instructor aku tadi. 
katanya harga thesis ni rm2juta. biar betul 2 juta? 
ke dia gebang je dengan aku. tapi guna dalam standard ISO kot
kalau phd level biasa la tu kan thesis dia harga ratusan ribu. 
nak percaya pun susah gak ni. tapi dia cita macam kompiden je

watak sampingan. kertas bawah tu. pun thesis jugak tu
tapi aku punya la. tak sampai 2 hengget agaknya. haha.
dalam kelas. sambil sambil buat editing. banyak yang tak lengkap
rasa nak pergi library dan cari bahan. nasib baik la library sebelah je 

dapat pinjam satu buku je. yang lain tak jumpa.
tu pun version lama. nasib badan. 

tibe tibe rasa bersemangat nak pergi kelas esok. =)
nak jumpa encik instructor yang botak comel. auww. gatal gedix!


Friday, April 27, 2012

krushers meyh

hari ni seawal jam 4 pagi aku dah bangun. awal kan. 
ada dah tokoh tokoh ciri isteri mithali ni. HiHi..

ok aku tipu. bangun sebab study project
10 jam hari ni untuk siapkan 1 chapter. Hmm. asal la susah sangat
The hardest part to do writing, is when you want to start the first sentence
tak percaye? believee me. 

sebenarnya aku tertekan sejak akhir akhir ni 
projek aku sangkut. aku tiba tiba stuck. blank je nak buat
jadi mula la tension nak datang. terlalu push diri maybe
now, process tengah laju balik. hee. tu pasal la happy ni.

and ada la stress sampingan yg mengarut sikit
a.k.a rasa nak lari jauh jauh macam tu
but sekarang ok dah. =) 


tengok boleh siap makan ice blended lagi. 
eh, dah try KFC Krushers?? yg ni krunshers classic oreo
sedapp meyh.

perhatian esok dan lusa saya busy.
busy la sangat kan. Haha. ada kursus je pun. 2 hari
Professional Skill 'kompalseri' 5 sijil kene kutip tuk grad'
Owh mesti bosan gile --''

jumaat ini banyak beri ketenangan pada aku. =)

Wednesday, April 25, 2012

tension sikit

isnin dan selasa aku ada appoitment ent dan nephro
ENT  (Otolaryngology) , dah macam bunyi jawa nak sebutnya --''
jumpa pakar just nak check telinga. telinga aku OK je
lepas ni tak payah datang lagi, buat penat je aku pegi

Nephro, next Chemo. isnin minggu depan
actually aku dah fedup nak buat chemo ni. buat aku tension. 
masa aku habis di sebabkan semua ini. banyak keja aku tak jalan.
projek aku tak gerak gerak sejak aku sakit. So, aku kene push laju.
MAXIMUM speed

so, aku sangat bengang. tension sangat. 
dah la dapat surat saman. SAMAN!


hilangkan tension dengan tengok wayang
battleship. awesome. =D


Sunday, April 22, 2012

balik kerana appt

alhamdulillah chokely makin sehat sekarang
cuma lebam dan parut yang tinggal
dan juga muka yg mengembang. tak suka!

thanks pada yg sudi wish chokely. suke suke. =)
korang memang baik. lepas ni aku akan jg diri dgn lebih berkesan

mari usha tangan aku. tu kulit tapak tangan dah menggelupas
ada bintik bintik tu. dah ok sebab mula hilang
apa ek nama dia. tanya doktor. ku lupa

oh rashes kat muka? Tak ok sangat.
sebab dia ganti kulit baru. merah and nipis pulak tu
masih pakai cream steroid. no cahaya. no panas. *_*

sekarang aku ada di rumah. ada appt dgn 3 doktor next week
ENT Skin and Kidney. Dental and Rhemato dah selesai hari tu
kabarnya darah ku makin turun, next kalo turun lagi kena masuk blood
dental ok. ulser zero. doktor dental pesan, SLE aktif ulser pun aktif
*jgn kata ulser sume benda nak datang. --''

hari tu ada dah jumpa doktor kidney. dia kata chemo kena teruskan
but sebab demam, batok, selesema. tunda ke next week
rambut aku dah semakin menipis tipis dan kipis T_T

aku risau tak dapat cari urat kat tangan je nanti ni
lebam 3 minggu lepas pun tak hilang lagi
ntah ntah dah jadi 'Hematoma' lebam aku ni. =(


last
exam chokely ok hari tu. =)
hoho. 


Thursday, April 19, 2012

apa lagi kena tahan wad la

lama juga chokely tak update blog ni. mana pergi?
ni yang nak cerita ni. =)

dengan muka yg semakin merah macam udang terbakar hari tu
aku pergi ke klinik kesihatan UTM, seperti yg di jangka. 'kena tahan wad'
tp ku ade test TECS. ok semua wajib ambik test ni. akhirnya ku lari. siyes aku lari
terseksa juga aku nak tunggu hari exam tu. badan dah mula rashes.
mulut dah mula penuh ulser. ku tahu SLE ku mula aktif dan menyerang
ku gagahi jua test tu dengan mask di muka dan tangan yg dah tak leh gerak

macam mana buat test? ok siyes tawakal. redha. berserah. dgn tak studi apa.
macam mane la paper ku tu.. Hmmm..

habis exam. my father dah siap tggu di blok asrama. datang dari seremban ke JB
nasib baik tak ada sesi bebelan. Haha. mana taknya bole lg pegi exam dulu
tak balik rumah, terus ke hospital. masuk zon kuning. ku dah rasa nk pengsan.
demam dah smpai 39.5'. smpai kat wad aku nages terus. dan tido 

esok nya, hari paling aku akan ingat..
ada la berbelas kali cucuk tangan nak masuk Branula. sampai ke kaki pun tak jumpa.
dan akhirnya cucuk kat peha. bukan sekali ! tapi enam kali. suka je nak tebuk peha
nak pasang 'Triple Lumen' , 3 org doktor lelaki pegang kaki, 2 nurse pegang tangan
bius 2 kali ganda dari biasa. aku jerit macam org nak beranak. dah la yg buat lelaki. 
sangat saket OK.  sampai kuar darah kat hidung. mak aku yg tengok pun lari terus
ni la yang buat aku nekad tak nak masuk hospital lagi


ni la dia triple lumen. ada 3 warna
wayar dia tu dari peha sampai ke perut. dan kena jahit di hujung nya.
bila nak cabut. nyilu dia seminggu pun tak hilang. 

nape sampai kena tebuk peha? 
no choice. urat ku banyak yg dah block sebab chemotheraphy. 

masa tu aku ada fikir. macam mana ye kawan kawan aku yg lain
ada yg pasang kat peha, leher, dada. kesian mereka. aku tak nak jadi macam tu
dan aku harap diaorang pun kuat juga. baru ku tahu rasa nya.
Ya Allah, lindungi lah kami. 

sepanjang ku kat sepital. jumpa lah 5 jenis pakar. 
head of rheumato, biasa la sle aktif. ESR 129
nephro, ni pon masalah juga. ada pulak darah dalam urine. 
skin, dgn blister yg dah keluar, rashes lagi, bintik2 lagi.
ent, telinga aku kuar air dgn sendirinya. panas sangat. 
dental, ulser yg penuh dalam mulut, 10 hari aku tak makan 
minum mcm mane? sume ikut iv drip. sampai masuk vit dlm drip. teruk. 

kesimpulannya, harihari aku di datangi dengan doktor. student juga
pagi petang malam. jadi bahan pengajar pulak tu. bhan presentation dieorang. 
sengal betul.tapi nasib baik ku ni baik. 
yela, dieorang pun nak belajar juga kan. =)

ni peneman setia ku kat wad
macam macam jenis krim ada. siap ada cermin rm4 tau! 
ada ubat bius tuk kebas mulut lagi. tu best. 

alhamdullilah. aku baik dengan cepat juga kat wad tu. 2 minggu duduk wad.
OH sekarang ni aku dah mula belajar semula. lepas 3 minggu berperang dgn sakit ni.
tapi tak fully la sembuh. batuk, selesema dan badan bengkak air. 
dengan kulit yg parutparut ni.ala. ade ape dengan parut kan. 
bole hilang. HeHe. macam2 bole buat.

sekarang diagnosis aku 'aktif sle'
tak tahu la sampai bila ni. kejab ada kejab tak ada.


Monday, March 26, 2012

muka dah bengkak saket

aku bangun pagi ni. terasa dah macam tak da muka.
dah bengkak sangat muka ni. ruam da naik penuh. 
mulut aku dah tak boleh nak gerak. bengkak

niat di hati nak mengadu pada orang tersayang
sekali kena marah. ok. nak menangis gila rasa
nak pegi klinik tak larat. 
emak, nak balik!!


dah tak rupa orang dah. bengkak gila muka.
tak da dah istilah nak senyum.
saket woo. T_T

Sunday, March 25, 2012

butterfly rashes dah mula naik

niat bukan nak menggedik nak tayang muka.
cuma nak tunjuk kat member yang sama sakit dengan aku
OMG. butterfly rashes dah mula naik..!!
kenapa kenapa boleh jadi macam ni?? 
sebab panas ke. arghh! 

seriusly sangat la merah. macam kene bakar ok
panas dan gatal. kalau kena air jadi sakit.
kawan suruh pegi klinik. rasanya macam ruam yg agak serius.
ahh deym deym.

(terlebih cahaya, kurang nampak butterfly rash itu) 

mula mula ingat ruam biasa.
nampak cantik pulak. macam pakai blusher. pink pulak tu
elok terletak kat pipi. nampak comel gila.
tapi bila pikir. saket!! ahh. tak tahan dah ni.
nak jumpa specialist lambat lagi. deym deym.

di sebabkan panas ruam ni. satu muka aku panas.
bibir aku jadi pecah. ulser mula tumbuh. lelangit berdarah

tolong la cepat sikit 2 minggu ni. nak balik rumah
mak saya saket!
ok. aku dah mula demam. 

dinner with yummy burger

sedang enak aku menikmati burger yang lazat
aku dapat satu mesej di facebook
katanya dia sentiasa memerhatikan aku melalui penulisan blog ini
ok. sungguh menakut kan. 

double daging special
sangat bermayonis, creamy and juicy
memang sangat sedap. dan enak

semalam kebetulan aku jumpa my penasihat akedemik dan dua lec lain
katanya kalau rezeki, aku akan di tawarkan fast track di hujung pengajian
fast track tu lompat terus ke phd tanpa melalui master

tapi. academic lecturer aku kata, agak berisiko aku terimanya
dari keadaan aku skrg, aku mungkin tak bole terima stess melampau
mereka mahu aku ambil master dulu. baru ke phd. hmmm....
aku tau mereka risaukan kesihatan aku. aku tau mereka prihatin dgn academic aku.
tapi... ini lah impian aku selama ini
doctor of philosophy adalah target aku selama ni. hanya selangkah lagi.
aku ada beberapa bulan lagi akan habis

tolong lah support aku. aku boleh harungi semua ni. 
aku perlu kan ini. demi penuhi dendam ku selami ni.
sound scary kan.  

actually my dream adalah phd ke oversea.
aku nak lari jauh dari sini sebenarnya. 
apapun aku masih bersyukur. 

Wednesday, March 21, 2012

kentut kawan baik



betul tak betul tak betul tak
HaHaHa.
=P 

so, ini petua percuma saya nak bagi
kalau nak tahu 'DIA' your truly bestfriend or not.
=D

Tuesday, March 20, 2012

happy bufday mom!

Mom, as you turn one year older, 
I wish you a life of happiness, love and warmth
God must have made a special plan to give me such a
 loving, caring and wonderful person 

Thanks for everything. I love you always and forever. 
I love you mom! xoxo

Makk Happy Birthday!


thanks for being sporting mom.
sama sama berjimba, jogging, movies, shopping, midnite mcD,
stori bout bf, guys, fashion, and everything
such a lovely besfriend. 
~

insyaAllah next year saya bawak ur future menantu ok. 
euwww. HaHa.

Sunday, March 18, 2012

ahad yg damai

hari ahad yang damai
disertai hujan lebat dan petir sangat best
hari ini mood chokely adalah
KEMAS BILIK


tu pun nak kecoh kan. --''
kalau dah kemas sebulan sekali mcm ni la gayanya.
kuang kuang kuang.


the barcode printer: free barcode generator
Blog PERSENDIRIAN.